`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 5, 2013

Feeling Embarrassed Over "Prophet Marrying A Six Year Old"


Here is an issue among the religious people. I think this issue will not go away - among them.

More people from the Ahlul Sunnah Wal Jamaah aka Sunnis are feeling embarrassed to discuss the issue of the Prophet marrying a six year old child. (Before some of my Quranic friends get upset why I am discussing these stories, let me qualify that I am just commenting on the present discussions going on. These are not my positions. I am just reporting on them.)

The religious fraternity has long held that the Prophet had married a six year old child. Now in the modern age where most civilised countries have laws against marriage with minors as well as laws that define paedophilia, many people are beginning to question or relook the stories of the Prophet marrying a six year old child. Of course there are many others who defend these same stories.

Over the years I have been reading elaborate arguments by writers (usually from Pakistan and India) questioning the belief that the Prophet married a six year old child.

Just the day before I received one such article which has been translated into Malay. I am reproducing a truncated version of the same article. Simply put - the article says that Aishah was NOT 6 years old when the Prophet was betrothed to her. 

She was actually 16 years old. She then went to live with the Prophet when she was 19 years old. This is the gist.   Here is the article:

Aisyah r.a. Berkahwin Umur 16 Tahun

Saidatina Aisyah Berusia 19 Tahun Ketika Tinggal Bersama Nabi Muhammad SAW.

Seorang ulama Pakistan, Allama Habibul Rahman Kandhalwi telah membuat kajian mendalam mengenai kekeliruan sejarah usia Saidatina Aisyah Binti Abu Bakar r.a. ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan juga beliau mengkaji usia Saidatina Khatijah ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW dan usia anak perempuan Nabi SAW ketika berkahwin dengan Saidina Ali k.wj.

Beliau telah mengemukakan 24 dalil akli dan naqli bagi menolak pendapat lama dan menyatakan penyelewengan sejarah itu berpunca daripada propaganda Syiah yang mahu merosakkan pemikiran umat Islam. Syiah banyak membuat pemalsuan di atas sejarah Islam terutama umur isteri-isteri Rasulullah SAW yang dikahwini oleh baginda SAW.

(So now they say it was a Shia propaganda to create those "six year old" stories.)

menghidangkan fakta baru kepada seluruh umat Islam bahawa:

1. Saidatina Aisyah r.ha telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya 6 tahun) dan mula tinggal bersama suaminya Muhammad SAW ketika umurnya 19 tahun (bukannya 9 tahun) selepas peristiwa hijrah ke Madinah.

2. Umur Saidatina Khatijah r.ha ialah 25 tahun (bukannya 40 tahun) semasa beliau berkahwin dengan Nabi Muhamad SAW yang mana ketika itu juga baginda berusia 25 tahun. Kedua-duanya sebaya. Sejarah mencatatkan perkahwinan mereka berdua dikurniakan empat cahaya mata perempuan dan tiga orang lelaki.

(The traditional belief is that Khatijah the Prophet's first wife was 40 years old and the Prophet 25 years old when they got married. Now it is 25 years of age for both. This is what they say. I did not say this ok.)

3. Saidatina Fatimah r.ha telah dilahirkan di Makkah sebelum Nabi SAW dilantik sebagai rasul dan berkahwin dengan Saidina Ali k.wj di Madinah pada usia 19 tahun (bukannya 9 tahun).

Maulana Habibul Rahman menulis kertas kerja pada mulanya dalam bahasa urdu dan kini sudah ada terjemahan dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu bagi membetulkan tanggapan salah sejarah.

Maulana Asri Yusuf seorang ahli hadis Malaysia turut bersetuju dengan cara pemikiran Maulana Habibul Rahman dan beliau telah menghuraikan dengan panjang lebar hujah Habibul Rahman dan sesiapa yang berminat boleh membaca di Darul Kautsar atau melalui youtube di bawah tajuk umur Aisyah ketika berkahwin dengan Rasulullah.

Semenjak kita sekolah kita didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Khatijah ketika beliau berusia 40 tahun, sedangkan sejarah turut menyatakan Rasulullah SAW mendapat tujuh atau sesetengah riwayat menyatakan lapan anak.

Bolehkah seseorang berusia 40 tahun ke atas kemudian sempat melahirkan anak tujuh orang?  

(This is a very good question. But what I would like to know is soalan ini timbul berasaskan akal atau secara 'tanpa menggunakan akal'? Because the ostat fellows are fond of saying 'kita tidak boleh menggunakan akal dalam  hal agama')

Kita juga didedahkan bahawa Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidatina Aisyah ketika beliau berusia enam tahun, sebuah perkahwinan bawah umur

(I think it should not be 'sebuah perkahwinan'. It should be 'satu perkahwinan').

Perawi dalam hadis umur Aisyah iaitu Hisham bin Urwah tersangat berusia ketika dicatatkan hadis berkenaan. Banyak ulama mempertikaikan hadis Hisham ketika beliau terlalu berusia (melebihi 70 tahun) dan waktu itu tinggal di Iraq.

Sesetengah ulama menyatakan Hisham Urwah telah tersilap mendengar enam belas kepada enam, dan sembilan belas kepada sembilan.

(Boleh saya tanya sikit soalan? Habis macam mana pula timbul konspirasi Shiah? Kalau umur Hisham sudah melebihi 70 tahun dan Hisham "tersilap dengar" macam mana pula Shiah yang bersalah?)

Setelah dibuat kajian bahawa umur Aisyah bukan 6 tahun semasa dikahwini oleh Rasulullah SAW. dan bukan 9 tahun ketika bersama dengan Baginda SAW.

Telah diberi beberapa hujah untuk membuktikan penemuan baru dalam sirah Nabi SAW iaitu :

Hujah Pertama – Bertentangan Dengan Fitrah Manusia
Hujah Kedua – Bertentangan Dengan Akal Yang Waras
Hujah Ketiga – Tiada Contoh Ditemui Di Negeri Arab Atau Di Negeri Panas

(Negeri panas? Apa kena mengena nya? But today we hear of eight year old girls being married off and dying on their wedding nights in Yemen.)

Hujah Keempat - Riwayat Ini Bukan Hadis Rasulullah S.A.W.
Hujah Kelima – Riwayat Ini Diriwayatkan Oleh Hisham Selepas Fikirannya Bercelaru

(Poor Hisham. Fikirannya menjadi bercelaru. Soalan sikit lagi - macam mana mereka tahu fikiran Hisham sudah menjadi bercelaru? Kalau fikiran Hisham sudah bercelaru kenapa pula Shiah disalahkan? Apa kena mengena-nya? 

And this raises more questions. What about all the other stories or 'hadith' that was riwayat by Hisham after his fikiran became bercelaru? Or did Hisham only riwayat just this one hadith after his fikiran became bercelaru? Maaf ya, ini soalan menggunakan sikit akal saja ok?) 

Hujah Keenam – Hanya Perawi Iraq Yang Menukilkan Riwayat Ini
Hujah Ketujuh – Aishah r.ha Masih Ingat Ayat Al-Quran Yang Diturunkan Di Tahun Empat Kerasulan
Hujah Kelapan – Aishah r.ha Masih Ingat Dengan Jelas Peristiwa Hijrah Abu Bakar r.a.. Ke Habshah
Hujah Kesembilan – Aishah r.ha. Mengelap Luka Dan Hingus Usamah Bin Zaid r.a.. Yang Dikatakan Sebaya Dengannya.
Hujah Kesepuluh – Ummul Mu’minin Aisyah r.ha. Turut Serta Di Dalam Peperangan Badar.

Hujah Ke-11 – Aishah r.ha. Menyertai Perang Uhud Sedangkan Kanak-Kanak Lelaki Berumur Empat Belas Tahun Tidak Dibenarkan Menyertai Perang.

Hujah Ke-12 – Aishah r.ha. Lebih Muda 10 Tahun Dari Kakaknya Asma, Dan Semasa Peristiwa Hijrah Asma r.ha. Berumur 27 Atau 28 Tahun

Hujah Ke-13 – Ahli Sejarah At-Tabari Mengatakan Aishah r.ha. Lahir Di Zaman Jahilliyah (Sebelum Kerasulan)

Hujah Ke-14 – Aishah r.ha. Adalah Antara Orang-Orang Yang Terawal Memeluk Islam

Hujah Ke-15 – Abu Bakar r.a. Bercadang Mengahwinkan Aishah r.ha. Sebelum Berhijrah Ke Habshah

Hujah Ke-16 – Aishah r.ha. Disebut Sebagai Gadis Dan Bukan Kanak-Kanak Semasa Dicadangkan Untuk Bernikah Dengan Rasulullah SAW.

Hujah Ke-17 – Rasullulah SAW Tidak Tinggal Bersama Aishah r.ha Kerana Masalah Mendapatkan Mahar, Bukan Kerana Umur Aishah Yang Terlalu Muda

Hujah Ke-18 – Hadis Yang Mensyaratkan Mendapat Persetujuan Seorang Gadis Sebelum Dikahwinkan Memerlukan Gadis Tersebut Telah Cukup Umur.

Hujah Ke-19 – Kebolehan Luar biasa Aishah r.ha Mengingati Syair Yang Biasa Disebut Di Zaman Jahiliyah Membuktikan Beliau . Lahir Di Zaman Jahiliyah.

Hujah Ke-20 – Kemahiran Dalam Sastera, Ilmu Salasilah Dan Sejarah Sebelum Islam.

Hujah Ke-21 – Keinginan Mendapatkan Anak Dan Naluri Keibuan Tidak Mungkin Timbul Dari Kanak-Kanak Bawah Umur.

Hujah Ke-22- Aishah r.ha. Sebagai Ibu Angkat Kepada Bashar r.a. Yang Berumur Tujuh Tahun Selepas Perang Uhud.

Hujah Ke-23- Wujudkah Perkahwinan Gadis Bawah Umur Di Tanah Arab Dan Dalam Masyarakat Bertamadun?

Hujah Ke-24 – Kesepakatan (Ijmak) Umat Dalam Amalan.

Marilah kita kembali memahami , meneliti dan mengkaji bukti-bukti sejarah Nabi SAW yang benar lagi sahih yang mana ianya telah di selewengkan oleh puak-puak Syiah dahulu hingga mengelirukan umat Islam seluruh dunia daripada dahulu hingga sekarang.

Musuh-musuh Islam telah menggunakan fakta-fakta yang salah dan menggunakan fakta tersebut untuk mengecam peribadi Rasulullah SAW. Oleh itu para ulama Islam, sarjana Islam dalam bidang sejarah dan pakar ilmu hadis perlulah bersatu dan membukukan buku sejarah dan sirah Rasulullah SAW dan para sahabat yang betul dan sahih dan menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini.

Wow this is quite a statement by Maulana Asri Yusuf - "menolak sebahagian daripada fakta-fakta yang salah yang terdapat di dalam buku-buku sejarah Islam sekarang ini"

Tapi bukan Shiah yang menulis buku-buku sejarah itu ostat. Habis pasal apa dok main tuduh Shiah selalu? Bukan saya sokong Shiah pun, tapi kita kena main fair lah. Kena adil lah. Jangan pula tuduh orang lain bila Hisham jadi bercelaru dan tersilap dengar.

Anyway isnt this exactly what the writer Kassim Ahmad said in his monumental work 'Hadith Satu Penilaian Semula"? Kassim asked for the hadith literature to be 'nilai semula' - to be re-evaluated. What did they do? They went ahead and banned his book. 

Now, this is exactly what Habibul Rahman of Pakistan and Maulana Asri Yusuf of Malaysia are doing. They are 'menilai semula' or re-evaluating these stories about the prophet marrying a six year old child. 

Anyway I want to point out something here. Look at this whole article. There is NOT one ayat Quran, there is not even one verse from the Quran in this article by this Pakistani guy or in the Malay translation by this ostat guy. Not one. 

There are two reasons for that. Firstly, none of these stories about the Prophet marrying a six year old are found anywhere in the Quran. If you want to read a strong refutation of this idea based on the Quran, please read here.

Secondly, and this is more likely, these ostat guys do not know what the Quran says about this subject. They totally ignore the Quran.

"And the Rasul will say, 'My Lord surely my people have run away from this Quran" Surah 25:30.

("Waqala al rasoolu ya rabbi inna qawmee it-takhathoo hatha alqur-ana mahjooran")

I have said this again and again - the Muslims just do not use the Quran for any reference.  (Kekawan, Quran di rumah itu untuk apa? Untuk dibaca dengan menyanyi dan merdu?)

I can guarantee you that trying to understand the Quran will never make you a religious person. In fact the more you research the Quran, the less "religious" you will become. That is what happened to me and many of my friends. 

We have no choice but to be purists. And also scripturalists. We have to stick closely to exactly what is written in the Quran. Follow the script. You dont follow the script - then you will have problems. 

Dont believe me? Here is something from the Quran :

68:36 What is wrong with your logic?
68:37 Do you have another book to uphold?
68:38 In it  you can find anything you want?
68:39 Or, have you received solemn assurances from us until the Day of Qiyamah that grant you whatever you wish ?
68:40 Ask them, "Who guarantees this for you?"

So how many other books do people uphold? In which they can find whatever they choose? Who guarantees these books for them? And they use these other books to argue endlessly about things that are just not mentioned in the Quran.

Argue endlessly again and again. Now they even say that Hisham bin Urwah's fikiran bercelaru.  Folks, ini bukan saya cakap ok. This is not what I say. This is what the ostat guys are saying.  

Happy reading this weekend.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.