Calon PAS bagi PRK Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd. Samat dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato’ Mahfuz Omar telah menziarahi veteran Pas, Tuan Haji Baharom di Ulu Sedaka. Beliau diserang penyakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu.
Haji Baharom atau lebih dikenali dengan Pak Ngah Baharum merupakan ayah kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri iaitu Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom. Pak Ngah Baharum sempat berdoa mengharapkan kemenangan calon PAS Ust Mohd Azam dalam PRK N20 Sungai Limau.
Youtube
Namun kunjungan tersebut membuatkan MB Kedah, Mukhriz Mahathir meroyan. Dia kesal kerana cuba meraih simpati, katanya.
“Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya mengenai niat calon PAS apabila beliau menziarahi bapa kepada Datuk Seri Jamil Khir Baharom, kemudian ambil gambar dan terus muat naik (di internet),” kata Mukhriz.
Tak salah pula bagi Mukhriz mengunjungi balu Allahtarham Tan Sri Azizan Abdul Razak iaitu Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah di Alor Setar.
“Kalau nak cakap mengenai ikhlas, malam selepas hari pengumuman calon BN (Isnin malam), saya bawa (calon BN) Dr Ahmad Sohaimi (Lazim) buat kunjungan hormat kepada Puan Sri Faekah dan keluarganya di Alor Setar.
“Saya berada di rumah tersebut selama dua jam, bersembang-sembang mengenai pelbagai perkara dan memperkenalkan calon kita sebagai kunjungan hormat,” katanya.
“Maklumlah tempat ini (Sungai Limau) adalah tempat arwah. Tapi tidak pula kita nampak gambar daripada pertemuan itu yang saya muat naik.
“Kerana saya fikir kita perlu tunjuk hormat, bak kata orang nak masuk kawasan orang, elok beri salam dulu. Tidak pula saya gunakan pertemuan itu sebagai modal kempen,” kata Mukhriz dipetik mStar Online.
Tak perlulah Mukhriz marah sangat sekiranya orang Umno sendiri pun tak nak ambil serta siarkan gambar beliau dalam kunjungan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.