Dalam keadaan namanya semakin pudar dan tertekan dengan 'facelift' yang dibuat bapanya lalu perlukan diversion, Nurul Izzah mencari publisiti murah lagi dengan terus menghentam produk-produk 1Malaysia.
Nurul mengkritik Klinik 1Malaysia dengan MENUDUH SEMBORONO bahawa ini tidak berkualiti dan bertaraf dunia ke-3 dan tidak menyediakan doktor tetapi hanya Pembantu Perubatan untuk merawat pesakit.
Ini hanya isu recycle atau kitar semula yang sudah campak masuk tong sampah tapi masih dikutip balik untuk dimainkan.
Penjelasan Klinik 1Malaysia
Klinik 1Malaysia ini tidak menyediakan khidmat doktor kerana objektifnya hanya untuk menangani sakit ringan dan biasa sahaja.
Ini bertepatan dengan keperluan rakyat berpendapatan rendah yang memerlukan khidmat perubatan yang murah, dekat dan mudah bagi sakit biasa seperti luka, demam, batuk, selsema, cirit-birit atau sakit kepala, dll. Sakit begini bermusim dan mudah tersebar.
Bagi sebuah keluarga yang ramai, Klinik 1M memudahkan mereka daripada terpaksa bersilih ganti ke klinik lain yang lebih mahal untuk mendapatkan ubat yang sama.
Selain itu, ia memudahkan pesakit yang memerlukan ubat berterusan bagi penyakit seperti darah tinggi atau insulin bagi pengidap kencing manis dll. Tidaklah menapak ke hospital setiap kali kehabisan ubat.
Kerajaan tidak pernah menjanjikan Klinik 1M sebagai bertaraf sebuah klinik pakar tetapi hanya menjanjikan yang ia mampu memudahkan dan mengurangkan beban kos rakyat.
Nurul cakap sembrono tak selidik
Oleh itu, kritikan Nurul Izzah adalah tidak relevan sama sekali. Bukan sekali Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan tanpa terlebih dahulu mengkaji, tetapi telah beberapa kali.
Antara kenyataan paling memalukan yang dikeluarkan oleh Nurul Izzah ialah berkenaan isu Lahad
Datu di mana beliau menuduh Pasukan Cawangan Khas sebagai bertanggungjawab untuk mencari orang hilang.
Malah, dalam isu agama juga Nurul Izzah tidak berfikir panjang, tetapi menyerbu sesuka
hatinya dalam keghairahan untuk meraih undi bukan Islam. Kerana itu, beliau sanggup menyatakan bahawa orang Islam juga berhak murtad iaitu satu kenyataan yang kurang tepat dari konteks Islam, dan salah dari segi politik.
Seperti bapanya, Nurul Izzah suka mencari publisiti murah atas perkara yang remeh. Namun, sesekali, Nurul Izzah kelihatan teringin juga menyentuh soal yang lebih berat seperti pertahanan negara.
Bagaimanapun, ia berakhir dengan beliau telah dikecam hebat kerana merisikokan rahsia negara terbongkar luas dalam temuraramahnya dengan media Indonesia tentang kapalselam.
Janji 1Klinik ditepati
Untuk pengetahuan Nurul Izzah, Dato’ Seri Najib bukan berperangai seperti Anwar Ibrahim yang gemar berjanji bulan dan bintang walaupun tidak mampu menyediakannya.
Boleh jadi dunia yang Nurul hayati adalah semua ahli politik adalah penipu seperti bapanya. Ditambah dengan minda Nurul yang berfikir macam pariah tepi jalan yang nak perkhidmatan lima bintang tapi nak yang free.
Dato’ Seri Najib menjanjikan perkara yang logik dan praktikal berdasarkan kemampuan negara.
Tidak pernah ada usaha nak menipu dalam hal Klinik 1Malaysia. Tiada bintang dan bulan yang dijanjikan seperti Anwar Ibrahim
Buktnya, Klinik 1M telah pun wujud dan menepati objektif penubuhannya sepertimana yang dijanjikan. Ia telah terbukti diterima baik oleh rakyat dan berjaya.
Belajarlah buat research sebelum cakap ikut bontot, Nurul





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.