`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 6, 2013

MAMPUKAH LOKMAN ADAM MENANG NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA SETELAH MENUDUH NAJIB PERDANA MENTERI PENIPU??????



SHAH ALAM: Kerajaan sepatutnya menunjukkan contoh dengan mengurangkan perbelanjaan dan gaji menteri terlebih dahulu daripada membebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak.

Bakal calon Naib Ketua Pemuda Umno, Lokman Noor Adam memberitahu The Star Online bahawa terdapat beberapa pendekatan munasabah yang berupaya mengukuhkan kedudukan ekonomi negara berbanding mengambil jalan mudah dengan mengurangkan subsidi.

"Sebagai contoh, mereka boleh memotong gaji menteri dan timbalan menteri, mengurangkan elaun pengangkutan dan membekukan majlis semua acara yang tidak sepatutnya anjuran jabatan kerajaan.

"Mereka juga boleh membatalkan kunjungan ke luar negara yang tidak penting dan mungkin boleh memulakan majlis rasmi di hotel yang lebih murah," kata ahli politik kelahiran Batu Pahat, Johor itu dalam satu temu bual di sini.

Lokman berkata kenaikan harga minyak mula memberi gambaran negatif kepada kerajaan terutamanya persepsi golongan muda kerana ia jelas melanggar janji untuk tidak menaikkan harga barang selepas Pilihan Raya Umum.

"Golongan muda kebanyakannya mudah memberontak, mereka akan berjuang terhadap apa jua bentuk ketidakadilan dan ketidaksamaan.

"Dalam perkara ini, kerajaan telah melanggar janji mereka walaupun berpegang teguh kepada prinsip dan amalan 'janji ditepati'," katanya.

Beliau berkata kerajaan harus mengambil pendekatan yang munasabah dalam menangani masalah itu daripada membuat pengumuman yang akan mencetuskan kemarahan rakyat.

"Saya amat kecewa apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak. Ia seperti memberi ganjaran kepada rakyat bersempena 100 hari pentadbiran mereka," katanya.

Justeru, Lokman berkata beliau berharap dalam mengemudi sayap Pemuda yang boleh menjadi 'kumpulan pendesak' daripada hanya menjadi 'penyelesai masalah'.

"Saya yakin golongan muda akan menyertai kami sekiranya kami terus menyuarakan masalah mereka. Itulah yang sebenarnya dilakukan 'kumpulan pendesak'," kata Lokman.

Lokman yang akan menentang tiga pencabar untuk jawatan itu pada pemilihan parti yang akan datang turut berkata, beliau akan berjuang untuk kaum bumiputera.

Beliau berkata, ini kerana peningkatan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan sayap-kanan Melayu yang mengambil alih peranan mereka.

"Oleh itu, sayap Pemuda dilihat sebagai lemah apabila hak Melayu dicabar oleh orang lain," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.