`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, October 22, 2013

Pasar Borong Selayang Jual Sayur Sampah. YarrkkK!!

Damnnn itt!! saper pernah tonton cerita indon yg jual ikan kering kutip dari sampah. Now perangai sampah penjual asing mula merebak masuk dan menular dalam malaysia. So, sampai bila kita perlu terus merancang dan merancang sedangkan pendatang asing masuk buat taik terus menerus. Walaupun tak semua pendatang asing berperangai mcm ni. Orang tempatan pun maybe takkn terkecuali buat perangai bangang.

Generasi baru, rumah harga mahal, pinjaman sana sini, makanan berzat takde langsung, sajian hidangan berzat kanak2 snek. Ayam beracun, ikan beracun. Semua gara2 tekanan hidup untuk menjadi kaya bergaya ala menteri.


Bunyinya mungkin tidak masuk akal, namun hakikatnya itu yang berlaku di Pasar Borong Selayang apabila warga Myanmar terus melakukan kegiatan mengutip sayur-sayuran yang dibuang oleh peniaga pasar borong sebelum mereka 'recycle' dan menjualnya semula.

Salah seorang pekerja pembersihan, Munish, 21, berkata, sejak dia bekerja di situ lapan bulan lalu, kegiatan itu masih berlaku lebih-lebih lagi selepas pembersihan dilakukan.

“Biasanya mereka akan kutip sekitar jam 7.30 pagi sebelum pembersihan dan tengah hari selepas pembersihan dibuat.
“Mereka biasanya datang secara individu, ada kalanya ramai kadangkala hanya dua atau tiga orang,” katanya kepada Sinar Harian.
Penantian sehingga kira-kira jam 11.30 pagi akhirnya membuahkan hasil apabila beberapa lelaki dipercayai warga Myanmar dilihat menolak troli berisi bakul yang dipenuhi sayur-sayuran dari arah pasar borong dengan lagak mencurigakan.

Wartawan turut menemui bakul-bakul berisi sayur yang tidak berapa segar dilonggokkan di kawasan parkir.

Tidak lama selepas itu, kelihatan kelibat lelaki mencurigakan dalam tong tempat pembuangan sampah di pasar borong sedang membongkokkan badan mengeluarkan sesuatu.

Apabila didekati, kelihatan lelaki itu mengeluarkan sebiji buah tembikai namun situasi itu tidak sempat dirakamkan.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, wartawan mengambil keputusan untuk masuk ke ruang tempat pembuangan sampah itu untuk melihat dengan lebih dekat.

Mengejutkan apabila terdapat seorang wanita dipercayai warga Myanmar bersama anaknya sedang mengasingkan sayur jenis kacang panjang di satu sudut tempat pembuangan itu. -bankami

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.