`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 4, 2013

Perkasa minta PDRM jangan cakap macam tong kosong

Ibrahim berkata Khalid dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sepatutnya lebih banyak bekerja dan bukannya bercakap.
PETALING JAYA: Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali hari ini membidas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ekoran kenyataan Khalid yang berkata bahawa pindaan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 memberi lebih tenaga kepada pihak polis.
Ibrahim berkata Khalid dan Polis Di Raja Malaysia sepatutnya lebih banyak bekerja dan bukannya bercakap.
“Nasihat Perkasa kurangkan bercakap, orang dah muak dengan berbagai kenyataan. Cukuplah bercakap seperti tong kosong. tiada guna ada undang-undang atau apa pun dasar yang diumum alau pelaksanaan
“Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013 dikatakan beri lebih tenaga pada polis, kata KPN.
“Perkasa harap jangan cakap saja. Kenyataan sedap tapi pelaksanaan macam mana?” Ibrahim berkata dalam satu kenyataan yang dihantar melalui SMS.
Beliau berkata demikian ekoran laporan akhbar bahasa Melayu, Utusan Malaysia hari ini yang menerbitkan laporan bertajuk PCA beri lebih ‘tenaga’ kepada polis.
Akta tersebut diluluskan dua hari yang lalu dengan sokongan 115 ahli parlimen dan bantahan 66 ahli parlimen dua hari lalu.
Ramai pihak telah menyuarakan bantahan mereka terhadap pindaan ini ekoran dari tindakan kerajaan memasukkan pindaan yang membenarkan penahanan tanpa bicara.
Ibrahim berkata bahawa rakyat mahukan pihak polis mengambil tindakan dan bukannya menikus apabila pihak pembangkang kecoh.
“Apa yang orang mahu tengok, tindakan tegas.  Yang bersalah diambil tindakan segera tanpa menunggu orang ramai buat laporan polis.
“Apa gunanya kalau bertimbun laporan dibuat, tetapi tiada tindakan diambil. Bila parti pembangkang gertak, buat bising dah kecut. jadi serba salah dan bersikap mempertahankan diri,” kata Ibrahim lagi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.