![]() |
| INIKAH EMPANGAN CAMERON HIGHLAND ITU? |
Sebuah empangan membentuk tasik yang kelihatan indah dan tenang.
Sebuah empangan hidro perlukan penyelenggaraan. Sungai tidak diketahui isinya. Apa-apapun masuk ke dalam sungai. Dari bahan hakisan, kumbahan, kayu dan dedaun reput, pasir halus dan bahan berbutir. Semua bahan-bahan ini akhirnya mengalir sehingga sampai di empangan, di mana ia terperangkap. Apabila air berhenti bergerak, mendapan jatuh ke bawah takungan dan mula terkumpul. Jika dibiarkan, akhirnya sedimen (lumpur dan lain-lain) menjadi begitu banyak. Macam-macam boleh terjadi kalau tidak dibersihkan. Misalnya ia boleh jatuh ke dalam saluran paip, dan merosakkan peralatan penjana. Ataupun, ia memenuhi kawasan takungan air, dan menyebabkan kehilangan ruang penyimpanan (storage) air.
Jika hujan lebat turun, ia akan menyebabkan air melimpah dengan pantas. Akibatnya, peralatan penjana akan terjejas ataupun, lagi teruk jika empangan pecah. Oleh kerana itu sedimen perlu dikeluarkan dari takungan. Maknanya empangan perlu dibersihkan. Ia perlu dilakukan dua tahun sekali, selalunya di waktu malam.
Soalan Yong buat TNB ialah:
Bilakah kali terakhir empangan ini dibersihkan?
Berikut salah satu gambar tragedi masalah empangan:
Keadaan di kawasan sekitar di Lembah Bertam yang musnah dan dipenuhi lumpur dalam insiden Empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet dekat Cameron Highlands yang terpaksa melepaskan air ekoran paras air yang melimpah secara mendadak awal pagi Rabu. Foto SAIFUL BAHRI / THE STAR
![]() |
| JANGAN SALAHKAN KETENTUAN ALLAH |
Mohon pencerahan dari TNB.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.