`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, November 18, 2013

Anwar Ibrahim dan episod drama Bernas

Untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang penting ini, Anwar telah ‘memohon’ bantuan Shahidan Kassim , Pengerusi Parlimen Back Benchers Club (BBC) ketika itu bagi mengetuai rancangannya untuk menggulingkan Tun Gafar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Empire Strikes Back
anwar-ibrahim002Di kala rakyat rata-rata gusar mengenai isu GST, Anwar Ibrahim bangun dan dengan lantangnya mengenengahkan isu mengenai Bernas dan memberi tanggapan kepada umum yang isu ini lebih penting atau lebih mendatangkan kesan buruk daripada GST.
Anwar menjelaskan bahawa langkah menswastakan Lembaga Padi Negara (LPN) yang kemudiannya dikenali dengan nama Bernas adalah untuk memastikan keperluan beras negara yang semakin berkembang dapat dipenuhi melalui pengurusan simpanan stok negara dan Skim Subsidi Harga Padi. Beliau berkata penswastaan ini juga bertujuan untuk memastikan para petani bumiputera , pengedar beras dan pekerja di Bernas mendapat manfaat daripada pemilikan ekuiti.
Namun realiti di sebalik langkah ini tidak lebih daripada satu permainan politik Anwar Ibrahim.
Untuk lebih memahami mengapa ianya adalah satu percaturan politik yang didalangi Anwar Ibrahim, rentetan peristiwa yang berlaku pada awal 90-an perlu anda ketahui.
Pada 1991 , dengan sokongan daripada Tun Daim Zainuddin, Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Pelantikan ini mengundang rasa kurang senang dikalangan rakan-rakannya di dalam ABIM kerana dengan ‘sokongan’ sebegitu umum akan melihat Anwar tidak lebih daripada proksi Tun Daim yang baru.
Anwar memang dikenali seorang individu yang bercita-cita tinggi waima di dalam ABIM. Bagi kelangsungan cita-citanya, Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan melihat keperluan baginya untuk berada di kedudukan lebih tinggi dalam pentadbiran kerajaan dan dengan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri, Anwar hanya punya satu pilihan,Timbalan Perdana Menteri.
Satu-satunya halangan pada ketika itu adalah jawatan itu dimiliki oleh Tun Ghafar Baba. Oleh yang demikian, Anwar memerlukan ‘sokongan’ dari nama-nama besar di dalam Umno bagi menggulingkan Tun Ghafar.
Untuk mendapatkan sokongan daripada orang-orang penting ini , Anwar telah ‘memohon’ bantuan Shahidan Kassim , Pengerusi Parlimen Back Benchers Club ( BBC) ketika itu bagi mengetuai rancangannya untuk menggulingkan Tun Gafar sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Tindakan Anwar menyingkirkan Tun Ghafar menyebabkan kebanyakan anggota ABIM melabel Anwar sebagai tidak sabar kerana mereka berpendapat bahawa lambat laun, Tun Ghafar yang lebih berusia daripada Mahathir ketika itu akan bersara. Jadi Anwar hanya perlu menunggu dan bukan mengambil tindakan yang sedemikian.
Pada 1993, Anwar telah berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia di samping mengekalkan portfolio beliau sebagai Menteri Kewangan.
Sebagai timbal balik atas ‘bantuan’ yang telah diberikan oleh Shahidan untuk menggulingkan Tun Ghafar , pada 6 Julai 1994, dengan kelulusan daripada Kementerian Kewangan yang diterajui Anwar, Lembaga Padi Negara (LPN) telah ‘ dikorporatkan ‘ dan ditukar kepada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).
Ramai rakan-rakan Anwar dalam ABIM kecewa dengan beliau mengenai perkara ini. Ada yang mengutuk dan memilih untuk menjauhkan diri dari Anwar yang dianggap telah berubah. Mereka menyifatkan Anwar telah menjadi sama seperti individu-individu yang dikritiknya sebelum Anwar sendiri menyertai Umno.
Pada 12 Januari 1996 pula, sekali lagi dengan ‘restu’ dari Kementerian Kewangan, Bernas telah ‘ diswastakan ‘ dan sudah tentu, individu yang memperolehi banyak kelebihan melalui penswastaan ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Shahidan Kassim.
Kelulusan daripada Kementerian Kewangan, sekali gus Anwar tidak terhenti di situ sahaja, pada 25 Ogos 1997, Bernas telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Bernas bukan lagi satu entiti kerajaan sebaliknya adalah satu syarikat korporat yang boleh diambil alih oleh sesiapa sahaja yang mempunyai sumber kapital yang kukuh.
Andai hari ini Anwar melihat Bernas sebagai satu ancaman besar yang boleh memberi kesan buruk terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah, dia perlu sedar bahawa ini adalah hasil kerja tangannya sendiri 19 tahun yang lalu. Dengan yang demikian, tindakan Anwar menyentuh isu tentang Bernas adalah seperti meludah ke langit kerana sama ada dia sedar atau tidak, penyebab Bernas berakhir di tangan Shahidan adalah Anwar Ibrahim sendiri.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.