`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, November 29, 2013

Pembayar Cukai Pintu Di Ipoh, Berdepan Kenaikan Nilai Hartanah

[mstar]- Pembayar cukai pintu dinasihatkan supaya memfailkan aduan berhubung kenaikan nilai hartanah secara mendadak kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebelum tarikh akhir bayaran taksiran.

Ketua Pembangkang Negeri Nga Kor Ming (DAP-Kepayang) berkata pemilik yang tidak berpuas hati dengan kenaikan itu perlu mengemukakan bantahan kepada MBI.

"Pemilik hartanah ada hak mengikut undang-undang untuk meminta MBI untuk menjalankan sesi pendengaran.

"Ia juga merupakan tugas MBI untuk menjalankan sesi pendengaran, kes demi kes," katanya kepada pemberita pada waktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Jumaat.

Kadar penilaian yang dibayar oleh pemilik hartanah akan digunakan untuk membayar perkhidmatan MBI seperti pungutan sampah, penyelenggaraan longkang dan landskap.

Kadar itu adalah peratusan berdasarkan nilai hartanah.

Nga berkata seorang pemilik kilang dari kawasan perindustrian Menglembu di sini terkejut apabila nilai hartanahnya meningkat 293% dari RM7,800 (tahun lalu) kepada RM22,896.

"Saya turut difahamkan bahawa nilai beberapa rumah di sekitar Silibin di sini turut meningkat 100% berbanding harga tahun lalu," katanya.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering) berkata, kerajaan negeri dan MBI harus memberi penjelasan mengenai kenaikan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.