`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, December 16, 2013

20,000 bantahan dihantar: Ratusan warga KL himpun depan Menara DBKL

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar membawa masuk kotak berisi surat bantahan kenaikan cukai pintu ke DBKL. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,  























Ratusan warga kota berhimpun di hadapan Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hari ini bagi menghantar bantahan terhadap kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyerahkan notis bantahan itu kepada pegawai Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dan menerima cop penerimaan.

Sementara ahli parlimen Kuala Lumpur itu menghantar notis bantahan kepada Datuk Bandar, ribuan warga kota hari ini mendesak Datuk Bandar turun ke perkarangan Menara DBKL.

Nurul Izzah berkata, Ahmad Phesal pada tahun lalu menyatakan prestasi cemerlang akaun DBKL tetapi mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari depan.

Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang, berkata terdapat lebih 20,000 surat bantahan terhadap cadangan kenaikan cukai pintu dihantar menjelang tarikh tutup bantahan esok.

“Kenaikan cukai pintu bagi pemilik hartanah di KL tidak adil dan tidak boleh diterima,” kata Ahli Parlimen Cheras daripada DAP, Tan Kok Wai.

Nurul Izzah berkata, permohonan maaf Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor perlu disusuli dengan tindakan tegas oleh DBKL dengan tidak menaikkan kadar cukai pintu kerana banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Saya terima baik ucapan maaf Tengku Adnan tetapi ucapan itu perlu digandingkan dengan tindakan yang serius di mana kenaikan perlu dibatalkan sehingga semua pendengaran dilaksanakan dan kelemahan dibaiki.

“Belanjawan DBKL juga wajib dibentangkan di Parlimen. Itu permohonan kami. Datuk Bandar perlu ingat beliau bukan dipilih oleh rakyat tetapi dilantik oleh kerajaan persekutuan,” katanya yang melihat tugas menggalakkan warga kota menghantar surat bantahan seharusnya dilakukan oleh DBKL.

Sementara itu, Chua percaya sekiranya DBKL masih bertegas mahu menaikkan cukai pintu, ramai warga kota yang enggan membayarnya.

”Saya fikir ramai yang tidak akan bayar kerana ramai warga kota tidak berpuas hati dan daripada segi undang-undang, DBKL perlu mengadakan sesi pendengaran,” katanya.

Hujung bulan lalu, Nurul Izzah menggesa Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur meletakkan jawatan atas kekeliruan warga kota berhubung kenaikan cukai pintu bermula Januari 2014.

Katanya, ketelusan dan akauntabiliti merupakan isu yang boleh dipersoalkan berhubung kenaikan cukai pintu dengan kenyataan berbeza di antara Tengku Adnan dan timbalannya, Datuk Loga Balan Mohan Jaganathan selain Ahmad Phesal yang dilihat tidak memberikan penjelasan sebenar.

“Mereka semua mesti letak jawatan. Apa guna ada kementerian atau datuk bandar jika isu ini tidak dapat diselesaikan,” katanya.

Nurul Izzah berkata, sehingga ke hari ini DBKL masih tidak memberikan hujah konkrit mengapa cukai pintu perlu dinaikkan.

Loga Balan semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada bulan lalu mengumumkan cadangan kenaikan cukai pintu DBKL ditangguhkan bagi membolehkan orang ramai memberi maklum balas.
Katanya, tarikh sebenar pelaksanaan cukai tersebut masih belum ditetapkan.

"Saya ada berita gembira untuk ahli ParliWarga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 16 Disember, 2013.Warga Kuala Lumpur berkumpul membantah kenaikan cukai taksiran yang dikenakan DBKL bermula Januari. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,men terutama mereka yang tinggal di Kuala Lumpur. Pelaksanaan cukai taksiran yang baru ditangguhkan sehingga Mac tahun depan," katanya.

Selang beberapa hari, Tengku Adnan membetulkan kenyataan timbalannya dengan mendakwa tarikh akhir bantahan kenaikan cukai pintu tetap pada 17 Disember ini dan kenaikan akan bermula Januari 2014.

Beliau berkata, meskipun kenaikan bermula tahun hadapan namun pemilik hartanah dibenarkan menangguhkan pembayaran sehingga satu keputusan muktamad dicapai di antara DBKL dan warga kota.

Tengku Adnan turut menjawab teka-teki berhubung kaedah DBKL menjalankan tinjauan bagi membuat taksiran cukai pintu setelah dikecam oleh pembangkang dan warga kota.

Katanya, tujuh pendekatan digunakan bagi membuat tinjauan untuk mentaksirkan cukai baru dan cukai tidak dinaikkan tetapi kadar sewa semasa yang dinilai semula.

“Cara penilaian ialah pegawai ke lapangan, menggunakan ejen hartanah, melihat iklan, transaksi lalu, nasihat LHDN, carian internet dan kajian melalui telefon. Ia dijalankan sejak beberapa bulan lalu.

“Kita tidak buat penilaian. Kita berdasarkan kadar sewaan. Kalau berdasarkan penilaian lebih teruk. Sebagai contoh jika rumah teres di Jalan Telawi, ketika membeli rumah itu RM75,000 30 tahun lalu, tetapi sekarang harganya tiga juta ringgit. Kalau berdasarkan tiga juta ringgit lagi teruk,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.