`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 2, 2013

Benarkah Peniaga Melayu di Up Town Bandar Perda dizalimi MPSP?.. Ini penjelasannya.. bacalah!



Mulanya aku malas nak kisah tentang video yang disebarkan oleh ramai macai-macai UMNO melalui Blog dan juga laman Facebook ini.. sebab ianya bukanlah satu insiden yang baru berlaku tapi sudah hampir tiga bulan berlalu ianya berlaku.

Oleh itu aku anggap macai-macai UMNO yang menyebarkannya itu sudah ketandusan isu untuk menyerang kerajaan PR Pulau Pinang.. 

Tetapi memandangkan ada beberapa pihak yang mahu aku menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dan video tersebut juga telah tersebar meluas dilaman Facebook dan Blog, mahu tak mahu aku cari juga jawapan dan juga penjelasan sebenar dari pihak yang sepatutnya.. 

Ulasan macai tentang insiden ini..

Percaya atau tidak, INILAH REALITI yang terpaksa kita TELAN walaupun pahit. Sy pun tak tahu di mana silap dan puncanya.

Pendedahan video ini sebenarnya bukan isu baru dalam penguatkuasaan undang-undang oleh pihak PBT. Nak salahkan pegawai-pegawai ini pun tidak adil sepenuhnya kerana mereka terikat kepada "SAYA YANG MENURUT PERINTAH".

Bukan setakat di Penang, tetapi sy percaya hampir di seluruh negara. Pergilah lihat di bandar-bandar atau pekan yang majoritinya Cina sebagai pengusaha utama di kawasan tersebut. Habis jalan-jalan dan kawasan letak kereta dipenuhi meja2 makan atau gerai-gerai jualan oleh peniaga-peniaga "TANPA SEBARANG TINDAKAN".

Rasanya tak perlulah sy nak zoom satu-satu gambar atau kawasan yang berkaitan, rasanya perkara ini dah "TERANG LAGI BERSULUH".

Berbalik kepada posting ini, sy amat yakin dan percaya bahawa Guan Eng dan Jeff Ooi kucing kurap lahanat yang biadap sudah tentu senyum sahaja melihat drama ini. Penguatkuasa melayu yang menurut arahan ini hanya menjalankan tugas merampas barangan peniaga yang dikatakan berniaga di kaki lima serta dikatakan tiada lesen.

Insiden ini berlaku baru baru ini di bandar Perda, Bukit Mertajam Pulau Pinang dimana pihak penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) telah bertindak dengan mengambil tindakan terhadap peniaga terbabit. Insiden ini menyebabkan peniaga wanita tersebut terus pitam kemungkinan akibat tertekan dan panik dengan yang diambil tersebut.

Seperti video dibawah, peniaga tersebut mempertikai mengapa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan yang sama terhadap penjaja kaum cina yg turut melakukan kesalahan serupa seperti di Jalan Raja Uda (Parlimen Guan Eng, Bagan) dan Pekan Lama Bukit Mertajam.

Anda sudah tentu tahu jawapannya kan.....?

Berikut adalah video yang tersebar itu..

 

Insiden ini bukanlah berlaku baru-baru ini tetapi ianya telah berlaku sekitar 10 Oktober 2013 yang lalu.. ianya berlaku di hadapan sebuah premis perniagaan di Bandar Perda, bersebelahan dengan UpTown Bandar Perda, Bukit Mertajam.

Cara Penguatkuasa MPSP itu bertindak pada awalnya agak keterlaluan dan kekasaran yang mereka lakukan sememangnya akan menimbulkan kemarahan siapa sahaja..


Sebaiknya mereka menggunakan sedikit budi bicara, elakkan provokasi bukannya menyerbu macam samseng.. Proffesionallah sikit...

Dan aku sememangnya bersetuju dengan pendapat salah seorang peniaga yang berada ditempat kejadian itu.. bukan kerana aku kawan dia tapi kerana apa yang terpapar pada awal rakaman video itu menunjukkan begitu.

Menurut beliau lagi peniaga tersebut sememangnya telah mendapat notis untuk menghentikan perniagaan kerana permit untuk meja tambahan tidak dikeluarkan kepada premis induk yang hadapannya telah disewakan sebanyak RM600 sebulan kepada peniaga yang dikenakan tindakan itu kerana premis induk itu bukanlah menjalankan perniagaan berasaskan makanan.

Ianya berbeza dengan sebuah lagi premis perniagaan yang berhampiran, premis tersebut diberikan permit untuk meletakkan meja tambahan kerana operasinya berasaskan makanan.

Dan berikut pula adalah penjelasan dari Ketua WHIP Ahli Majlis MPSP, Saudara Amir Ghazali mengenai insiden ini..

Kejadian ini telah berlaku hampir tiga bulan yang lalu dan ianya telah berlaku apabila tempoh kelonggaran yang diberikan oleh pihak Majlis dalam bulan Ramadhan lalu tamat.

Lokasi ini (hadapan Kedai Emas) sememangnya merupakan satu kawasan yang tidak dibenarkan untuk sebarang aktiviti perniagaan berasaskan makanan.

Atas dasar perikemanusiaan, pihak Majlis sebelum itu telah memberikan kelonggaran kepada peniaga yang dikenakan tindakan itu untuk beroperasi dari jam 12 tengah malam hingga ke pagi, namun peniaga tersebut telah memulakan perniagaannya lebih awal dari masa yang ditetapkan.

Selain itu, tindakan terpaksa diambil setelah langkah peniaga tersebut yang memulakan perniagaan lebih awal dari yang dibenarkan ditempat yang tidak dibenarkan dipertikaikan oleh peniaga-peniaga yang lain.

Untuk makluman dalam bulan Ramadhan pihak MPSP telah menyediakan hampir 400 tapak perniagaan kepada peniaga yang majoritinya terdiri dari kaum Melayu dengan syarat perniagaan tersebut dijalankan pada bulan Ramadhan sahaj.

Bila berakhirnya bulan Ramadhan keseluruhan perniagaan dihentikan kecuali 65 tapak asal dibeberapa lokasi yang telah diberikan permit untuk meneruskan perniagaan, namun begitu sehingga kini terdapat 210 yang diberikan kelonggaran oleh pihak Majlis.

Berbalik kepada isu peniaga itu tadi, beliau sebelum ini menjalankan perniagaan Char Kue Toew disitu, bayangkan dengan ekzos fan dihala kearah jalan, lantai yang berminyak dan kesesakan lalulintas yang timbul akibat perniagaannya sudah pasti lokasi tersebut tidak sesuai untuk perniagaan makanan tersebut.

Dalam hal ini peniaga tersebut dipercayai telah diberikan nasihat yang salah oleh pemilik premis yang menyewakan tapak perniagaan itu kepadanya.

Berulang kali nasihat telah diberikan, berpucuk-pucuk notis telah dikeluarkan, berbincang secara berhemah juga telah dilakukan namun tidak diendahkan.

Jika 400 peniaga yang lain patuh kepada arahan pihak Majlis, wajarkan pihak Majlis tunduk dan biarkan seorang peniaga yang langsung tidak mahu menghormati nasihat dan arahan pihak Majlis?

Tidakkah ini akan menyebabkan kredibliliti pihak Majlis dipertikaikan oleh peniaga yang lain dan akan menghakis rasa hormat peniaga lain kepada pihak Majlis?

Wajarkah pihak Majlis tunduk kepada kerenah seorang peniaga yang melanggar syarat perniagaan di Up Town Bandar Perda itu dan dalam masa yang sama tidak menghormati 400 peniaga yang akur kepada semua syarat yang ditetapkan?

Kisah atau insiden ini sebenarnya telah lama berlaku dan untuk makluman semua peniaga tersebut telah diberikan sebuah lot perniagaan untuk disewa bertempat di Astaka Bandar Perda.

Ini setelah beliau hadir untuk ditemuduga dan beliau layak untuk diberikan tempat yang sewajarnya untuk meneruskan perniagaan beliau.

Ini adalah selaras dengan komitmen pihak Majlis iaitu menawarkan tempat yang sesuai kepada setiap peniaga yang telah dikenakan tindakan oleh pihak Majlis kerana berniaga ditempat yang tidak dibenarkan.

Terpulang kepada peniaga samada mereka mahu menerimanya ataupun tidak.

Tindakan tegas ini dilaksanakan semata-mata bersandarkan pada tanggungjawab dan peranan sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang responsif terhadap semua aduan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain dari itu perlu difahami bahawa pihak Majlis mengguna pakai standard operation procedure (SOP) yang dibenarkan ketika melaksanakan penguatkuasaan.

Ditegaskan disini Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan peniaga peniaga yang menyediakan persekitaran kedai makanan yang kotor dan tidak mesra pelanggan apatah lagi jika ianya dijalankan di kawasan larangan berniaga tanpa mengira warna kulit, anutan agama mahupun kaum tertentu ..

Semuanya sama kerana tiada perbezaan dari sudut undang undang.

Amir Haji Ghazali
Ketua WHIP
Ahli Majlis MPSP

Jadi... semoga semua pihak faham dengan apa yang telah berlaku dalam hal berkaitan dengan video tersebut.

Jika dikatakan pihak Majlis berlaku zalim terhadap peniaga itu, mana mungkin beliau diberikan sebuah tapak di Astaka Bandar Perda untuk meneruskan perniagaannya...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.