Jikalau dahulu ramalan dan khabar angin, sekarang ini ia bakal menjadi realiti tidak lama lagi. Tanggal 1 Januari 2014, tarif elektrik akan naik seperti yang diumumkan (DI SINI) melibatkan Semenanjung Malaysia, Sabah & Labuan. Hutang dan kos perbelanjaan yang meningkat oleh kerajaan hanya diuruskan dnegan cara…
- Meletakkan beban kenaikan tarif elekrik naik kepada anda semua di sini
- Bukannya menguruskan kewangan negara dengan lebih cekap dan bertanggungjawab, mengelakkan wang rakyat daripada terus bocor
Menteri mengatakan baru-baru kenaikan tarif elektrik naik baru-baru ini tidak membebankan pengguna isi rumah yang menggunakan kurang daripada 300 kWh.
Benarkah. Realitinya…jikalau disemak lebih teliti ya memang benar pengguna isi rumah menggunakan kurang daripada 300 kWj tidak akan menyaksikan kenaikan 15% dari bulan depan. Sangat tepat!
Kenaikan Tarif Elektrik 2014 Naik : Kesan Domino Kepada Rakyat?
Tetapi, apabila Berita Semasa melihatkan pengguna komersial akan menerima purata peningkatan tarif elektrik 16.85%(sekitar 1.2 hingga 18%) dan juga pengguna industri menerima peningkatan antara 0.9% kepada kira-kira 17 %, dengan purata kos elektrik tambahan 16.85 %-19%.
Kenaikan kos tarif elektrik pemain industri dan komersial, siapa akan tanggung adakah mereka begitu baik hati untuk menyerapnya atau pengguna seperti anda sendiri yang akan menanggungnya?
Bagaiman kesan domino harga barang dan kos sara hidup di Malaysia selepas ini? Seperti biasa, implikasi kos operasi yang lebih tinggi perniagaan hanya boleh membawa maksud satu perkara: harga barang akan dinaikkan untuk pegguna selepas ini.
- Lihat sahaja kenaikan harga minyak 20 sen September 2013, menyaksikan harga makanan melonjak sekurang-kurangnya 0.1%. Kerajaan larang untuk naikkan harga. Mereka ikut dan patut dengan arahan? Berkesan?
- Nampaknya kerajaan Malaysia dilihat lebih suka untuk memotong subsidi berbanding melihat sendiri isiu pengurusan kewangan negara itu sendiri terlebih dahulu.
Namun ia seolah-olah kerajaan lebih suka memotong subsidi sebelum mempunyai melihat keras isu-isu pengurusan kewangan sendiri. Bertambah malang lagi, persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Penyelidikan ( AWER ) pernah mengatakan purata kecekapan stesen janakuasa IPP yang sedia ada di Malaysia hanya sekitar 40 % sahaja berbanding dengan 60% yang boleh dicapai dengan pembinaan semula stesen janakuasa yang baru untuk tempoh 3-5 tahun daripada sekarang. Ini bermakna rakyat Malaysia terus membayar ketidakcekapan IPP, dengan hanya serendah 40% sahaja.
Hakikatnya, TNB dipersalahkan dalam hal ini. Sedangkan TNB hanya bertaraf budak suruhan sahaja. Keputusan menaikkan tarif elektrik bukannya dipihak TNB tetapi kerajaan Malaysia. TNB dimiliki kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau KWSP dan Permodalan Nasional Bhd atau PNB.
Tarif Elektrik : IPP VS TNB VS Petronas?
Ketika awal-awal penubuhan TNB sekitar 90an, kerajaan Malaysia berjanji untuk memperkenalkan formula :
- Setiap kali berlaku kenaikan kos bahanapi
- kenaikan kos tersebut akan dilepaskan semula kepada pengguna setia mereka seperti anda, anda di sini
Tetapi apabila muncul sahaja IPP, formula tersebut telah diubahsuai supaya IPP mendapat pulangan & terus mendapat jaminan kerajaan :
- IPP dapat membeli gas di bawah harga pasaran. Mereka inilah antara yang banyak menerima subsidi tenaga selama ini. (SUMBER DI SINI)
- Menjual tarif elektrik kepada TNB pada nilai yang tinggi
- Ini contoh skim cepat kaya yang diidamkan oleh taikun-taikun kaya di Malaysia
Melihatkan beban kos yang meningkat yang dialami TNB, tetapi dalam pada masa yang sama kenaikan tarif elektrik naik tidak dibenarkan memang suasana politik cukup panas sebelum ini menjelang tempoh pilihan raya.
Akhirnya, saham TNB terjejas teruk. Nah….apabila sekarang dilihat tempoh yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan tarif elektrik naik 2014, ia memberikan peluang TNB memperolehi RM7 bilion dan menjadikan pasaran penarafan semula meningkat kepada RM60 bilion yang pastinya melagakan dan memberikan manfaat kepada kerajaan, PNB, KWSP secara tidak langsung.
Apa pendapat dan hujah anda pula?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.