`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, December 19, 2013

Surcaj Tenaga Juga Naik Dari 1% kepada 1.6% Bermula Tahun 2014.

Rujuk ;


The RE Fund is created via Section 23 of the Renewable Energy Act 2011 through the implementation of the Feed-in Tariff (FiT) mechanism enabling electricity generated from renewable sources to be paid a premium tariff. The FiT mechanism was implemented on the 1st December 2011 with the enforcement the RE Act 2011. 
However not all electricity consumers are obliged to contribute to the RE Fund. While the RE Fund is critical to ensure the sustainable growth of renewable energy, the Government is mindful to protect consumers with 300 kWh and less of electricity usage (equivalent to RM77) who will be exempted from such contribution. In Peninsular Malaysia only 29% and 38% from Sabah, of the total domestic electricity consumers will be affected.

Seiring dengan kenaikan tarif elektrik, surcaj untuk TENAGA DIPERBAHARUI pun dinaikkan sekali. Pun begitu untuk mereka yang membayar bil elektrik RM77 ke bawah dikecuali untuk membayar surcaj ini.  

Kalau tak silap aku yang guna elektrik banyak neh setakat neh bakal berdepan dengan tiga perkara. 

- Kenaikan surcaj tenaga
- kenaikan tarif elektrik
- pengenalan cukai GST. 

Baru2 ini staff TNB kat beberapa page mengamok sakan. Atas beberapa perkara.

1. Kenapa TNB dipersalahkan dalam isu peningkatan tarif elektrik?

2. Mereka persoalkan bukan kah pengurangan subsidi oleh kerajaan yang menyebabkan TNB terpaksa naikkan kadar? Kenapa marahkan TNB? Sila marah kerajaan kerana mereka juga terkesan dengan kenaikan tersebut.

3. Ada staff TNB nak buat laporan polis berhubung kenyataan mengenai kakitangan TNB menerima bonus sebanyak 5 bulan sekaligus menambahkan persepsi negatif awam terhadap TNB.

4. Berhenti tembak TNB, sila tembak dalang sebenar.

Atas neh serba sedikit kronologi kenapa ketidakpuasan ahti itu wujud oleh sesetengah staff TNB. Baikla.

Aku terai figure out alasan no 1 dan 2. Berbekalkan info yang diedarkan oleh menteri, aku dapati pengurangan subsidi itu sememangnya berlaku. Rujuk sini. Tetapi menteri ko tak cakap direct yang rasionalisasikan subsidi itu berlaku disitu.

Apa yang berlaku ialah kerajaan kurangkan subsidi bahan api untuk TNB. TNB tidak mahu menyerap peningkatan kos itu. Jika TNB menyerap peningkatan kos maka kesan pengurangan subsidi hanya akan effect pada TNB sahaja.

Jadi kerajaan kurangkan subsidi = TNB takmo serap kos = maka peningkatan tarif berlaku kepada pihak2 tertentu = tetapi chain reaction dia does effect semua pihak walaupun ko mungkin tak pernah bayar bill pun. Biasalah kapitalis. Minyak naik seposen. Tapi tak pasal2 harga semua jenis makanan naik 20 sen. Kelakar kan?

Untuk point 3 dan 4. Aku baca di page KJ. Memang dinyatakan akan ada laporan polis dibuat. Apa yang aku faham benda neh. Jika bonus itu wujud sekalipun, ia dua benda yang berbeza. Bonus citer lain, kenaikan tarif citer lain. Tarif start naik 2014. So benda neh memang takde kaitan. Memang akhir tahun staff akan dapat bonus. Tak wajar kita persoalkan bonus mereka kerana itu ialah reward atas apa yang mereka kerjakan sepanjang berkhidmat dengan TNB. Jadi aku memang tak masuk campur bab tue.

Cuma, jika nak aku berfikir bahawa TNB tiada kaitan langsung dengan kenaikan tarif elektrik, aku minta maaf. Aku tidak akan berfikir seperti itu.

Orang2 atasan, pihak pengurusan tertinggi, menteri2 mereka berbincang, bermesyuarat sama2 dan buat dasar dan keputusan secara kolektif. Ia samada TNB mahu serap tambahan kos atau tidak mahu serap tambahan kos. Ia samada kerajaan mahu kekalkan jumlah subsidi atau tidak mahu kekalkan jumlah subsidi. Dua perkara neh jek yang aku nampak. Dan aku tak kata salah seorang atau kedua2nya mesti disalahkan tetapi mereka buat keputusan ini secara bersama2. Jadi inila yang aku nampak.

Kalau baca kat blog neh ==> http://ikanlepu.blogspot.com/2011/06/ipp-punya-hal-tnb-sakit.html di ruangan komen korang juga akan nampak dikatakan TNB juga mempunyai saham dalam sesetengah syarikat IPP. Aku tidak kata penulisan dia semestinya benar, oke. Tetapi aku terai google juga.

Ini senarai syarikat IPP ==>  http://www.st.gov.my/index.php/ms/industry/ipps-directories/list-of-independent-power-producers-ipps.html

Yang aku nampak ada satu aje syarikat IPP itu dimiliki sepenuhnya oleh TNB. Yang lain2 tue aku tak sure samada TNB ada saham sikit2 ke takde saham langsung ke atau apa. Yang neh aku zero knowledge. Sapa tahu boleh share apa yang patut. 

Cuma aku nak nyatakan kat sini ialah tak guna juga kita dok focus bab point fingers salah sapa, sapa tak salah dalam isu kenaikan tariff neh. Kena masuk frasa baru. Turunkan BN aje. Itu yang sebetulnya.

Oke, bai.

-amenoworld

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.