ALOR SETAR - Malang tidak berbau, begitulah nasib dialami sebuah keluarga di Kampung Gunung Sali dekat sini, apabila kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Abdullah Man, 44, mengalami kecederaan di muka dan kedua belah lengan selepas terkena api ketika bertindak membuang tong gas yang berada di dapur kediamannya.
Isterinya, Minah Deraman, 47, berkata, sebenarnya dia bersama lima penduduk kampung lain sedang bergotong-royong memasak di dapur untuk mengadakan kenduri kecil-kecil demi meraikan anak dan anak saudara bersunat.
“Namun, secara tiba-tiba api menyala dari dapur terus membakar semuanya. Jadi, tak sempat nak ambil apa-apa.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Abdullah Man, 44, mengalami kecederaan di muka dan kedua belah lengan selepas terkena api ketika bertindak membuang tong gas yang berada di dapur kediamannya.
Isterinya, Minah Deraman, 47, berkata, sebenarnya dia bersama lima penduduk kampung lain sedang bergotong-royong memasak di dapur untuk mengadakan kenduri kecil-kecil demi meraikan anak dan anak saudara bersunat.
“Namun, secara tiba-tiba api menyala dari dapur terus membakar semuanya. Jadi, tak sempat nak ambil apa-apa.
"Kami alami kerugian teruk kerana kereta dan motosikal juga hangus,” katanya sayu.
Bagi Mohd Bakri Musa, 36, perancangan balik kampung mereka sekeluarga bukan sahaja tergendala, sebaliknya mengalami kerugian berikutan gagal menyelamatkan harta benda.
“Kami sedang bersiap-siap, sambil mengemaskan beg untuk balik kampung. Namun, dikejutkan bunyi riuh rendah dari luar rumah, sebaik diamati rupa-rupanya kebakaran merebak ke kediaman kami,” katanya.
Ramai bersimpati
Terdahulu, nasib malang menimpa mangsa kebakaran turut mendapat perhatian ramai pihak.
Antara pihak turun padang melawati semua mangsa termasuklah pembantu khas Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, yakni Kapten (B) Zulkifli Shafie yang menghulurkan bantuan dan mengambil maklumat berkaitan.
Malah, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merangkap Adun Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah turut menyalurkan bantuan peribadi kepada mangsa.
Manakala, katanya, bantuan bencana lain akan menyusul kemudian selepas menerima laporan polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pejabat daerah dibuat mangsa kebakaran berkenaan.
“Insya-Allah, peruntukan kerajaan negeri membantu mangsa biasanya ada. Nanti, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Flat Seberang Terus, Rashidi Ani akan buat laporan yang patut,” katanya.
Tiga mangsa alami kecederaan
Dalam pada itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Alor Setar, Mahmad Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 pagi, malah bergegas keluar seminit kemudiannya.
Mahmad Fauzi berkata, pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian enam minit kemudian dapat mengawal kebakaran kira-kira jam 11.10 pagi, manakala api dipadamkan sepenuhnya pada jam 11.45 pagi.
Menurutnya, dengan kekuatan 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar dan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, mereka mengerakkan dua 'water tander’ dan satu utiliti ke lokasi kebakaran.
Dalam pada itu, katanya, mereka juga dibantu lapan pasukan bomba sukarela dengan kekuatan seramai 80 anggota yang turut sama membantu memadamkan kebakaran yang memusnahkan kediaman mangsa.
Katanya, kira-kira tiga mangsa mengalami kecederaan, yang mana seorang daripadanya dibawa segera ke hospital berdekatan manakala dua lagi mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.
Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati dua rumah kelas B musnah dalam kebakaran terbabit, namun punca dan jumlah kerugian dialami pemilik kediaman dan mangsa kebakaran masih dalam siasatan.
Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu meringankan beban mangsa akibat bencana tiba-tiba diminta menghubungi mereka di talian 012-5552739 (Abdullah), manakala 019-4330119 (Bakri).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.