`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 5, 2014

Perkasa bantah Hard Rock Cafe di Putrajaya

Putrajaya dianggap kota Islam tidak wajar dicemari dengan restoran berkonsepkan bar.
PETALING JAYA: Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) membantah tindakan Perbadanan Putrajaya membenarkan Hard Rock Cafe (HRC) International membuka cawangannya di sana.
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata, Putrajaya yang dianggap sebagai kota Islam tidak wajar dicemari dengan satu restoran berkonsepkan bar yang menghidangkan minuman keras secara terbuka dan persembahan hiburan liar.
Katanya, pembukaan HRC bukan sahaja bakal menggalakkan keruntuhan moral, tetapi juga tidak bersesuaian dengan fungsi Putrajaya sebagai sebuah pusat pentadbiran kerajaan.
“Perbadanan Putrajaya juga wajar mempertimbangkan langkah alternatif untuk menarik pelabur dan pelancong, bukan dengan cara mencari keuntungan segera yang bakal merosakkan kesejahteraan dan moral penduduk setempat,” katanya hari ini.
Dalam kenyataan bersama Ketua Wira Perkasa Wilayah Persekutuan Zukhairi Md Osman, NGO itu turut mengingatkan Ahli Parlimen Putrajaya, yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya mengambil tindakan sewajarnya dan tidak mengambil sikap lepas tangan dan tutup mata dalam isu ini.
Tegasnya, sekiranya masih ingin membuka cawangan di Putrajaya maka HRC wajib  mendapatkan sijil ‘Halal’ dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
`Tidak ada minuman keras’
“Konsep francais perlu ditukar dengan memastikan restorannya tidak menghidangkan minuman keras, tidak menjadikannya sebagai tempat shubahat dan hiburan serta apa-apa juga seumpamanya melainkan ianya hanyalah sekadar tempat menjamu selera semata-mata,” katanya.
Tambahnya, Putrajaya adalah satu-satunya kota pentadbiran yang dibangunkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dengan mengambil konsep pembinaan kota Madinah apabila masjid dibangunkan terlebih dahulu sebagai asas pembinaan sebelum dikelilingi bangunan lain.
“Wira Perkasa Malaysia dengan ini bersolidariti dengan Kelab Che Det Malaysia yang turut membantah pembukaan HRC di Putrajaya meminta umat Islam khususnya penduduk Putrajaya agar turut bersama menyatakan bantahan,” katanya.
Semalam, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat mengumumkan HRC akan dibuka di Menara Ikhlas di Presint 3 dalam tempoh empat bulan.
Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan tokoh perniagaan terkemuka, Tan Sri Syed Yusof Tun Syed Nasir.
Ini merupakan Hard Rock Cafe yang kelima selepas Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.
“Ia akan menjadi tarikan baharu di sini termasuk peminat-peminat motosikal Harley Davidson dan juga golongan muda,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.