`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, January 5, 2014

Sambutan Harijadi Menteri Dalam Negeri di Hotel Mewah dibidas Ahli UMNO..

Photo: Sunday, January 5, 2014.

Sambutan Harijadi Menteri Dalam Negeri di Hotel Mewah dibidas Ahli UMNO..

Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di kecilkan. Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.

Dan inilah masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang setiap Menteri akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat kerja. Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan keluarga dan juga persahabatan.


Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun. Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai kawan'. Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya usia semangkin tiada dan berkurangan. Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita. wallahu'alam bissawab.


Dicatat oleh ahli UMNO sejak 1972 Zaharin Mohd Yasin @ Sang Kelembai.

Rakyat Malaysia di kejutkan sebaik sahaja tamat perbahasan dan juga kelulusan Bajet@Belanjawan bagi tahun pentadbiran 2014 dengan pengumuman demi pengumumkan akan kenaikan beberapa harga perkhidmatan saperti tarif letrik, air dan tol dan juga kenaikan mendadak barang-barang keperluan hidup saperti gula dan makanan lain termasuk makanan saperti ikan, ayam dan daging.

Kenyataan dan alasan yang diberikan oleh Kerajaan kerana kenaikan harga ialah setaraf melayan budak-budak seusia budak yang belum boleh berjalan atau dalam klas tadika. Maka rakyat yang sudah ditingkatkan ilmu dan tidak ada lagi buta huruf menjadi marah. 
 
Marah bukan kerana harga barang naik atau harga perkhidmatan naik tetapi saperti di tipu hidup-hidup, tidak saindah slogan 'rakyat di dahulukan dan prestasi di utamakan.

Rakyat memang tahu dari segi pembacaan dan juga berita yang didengar bahawa ekonomi dunia tidaklah begitu baik dan pasti akan merebak ke Malaysia dan seterusnya menjejaskan ekonomi negara termasuk pendapatannya. Tetapi beberapa alasan itu saperti mempermainkan rakyat. 
 
Bagi satu kerajaan yang punya cerdik pandai dan khasnya orang politik yang berkuasa, sewajarnya memikirkan setiap patah ayat untuk disampaikan kepada rakyat, sebaliknya bila main sedap mulut. akhirnya Kerajaan Barisan Nasional pun di cemuh.

Sebenarnya tidak perlu untuk di umumkan langkah 11 perkara sebagai tanda prihatin kerajaan terhadap kenaikan harga. lagi pun semua potongan itu tidak akan membawa ke arah turunnya harga barang dan perkhidmatan sebaliknya menjadi bahan perdebatan antara rakyat dan kerajaan yang memerintah. Kenapa tidak, berapa sen sangatlah jumlah semua itu jika dipotong. 
 
Ada RM100juta? ada RM1Billion hanya dalam kadar tak lebih RM20juta.

Sepatutnya kerajaan banyakkan ucapan menasihatkan rakyat supaya bersedia berkorban dalam keadaan ekonomi tidak begitu kuat dan bersedia menghadapi dalam keadaan sementara. 
 
Bukanya membuat ucapan atau retorik yang menjadi rakyat marah. Dan yang terpenting ialah nasihatkan rakyat mulakan berjimat dan berbelanja hanya perlu.

Ayat yang paling mudah mempengaruhi fikiran rakyat dan rakyat akan menerima tindakan kerajaan dengan berlapang dada ialah nyatakan secara terus terang bahawa bajet atau belanjawan negara akan di potong dan akan di kecilkan. 
 
Kita kena menerima realiti bahawa soal hutang luar negeri kita adalah antara penyebab kerajaan tidak lagi mampu memberi subsidi perkara-perkara perlu dan juga perdagangan kita yang agak kurang khasnya barang-barang utama kita.. saperti minyak kelapa sawit, getah kecuali minyak mentah dan sektor pembuatan untuk export.

Dan inilah masa yang sesuai perkataan wasitiyah digunakan menggalakan rakyat supaya hidup sederhana. Jika saya seorang Menteri, saya akan membuat kenyataan satelah berunding dengan rakan-rakan kabinet yang lain mengumumkan bahawa kami Menteri-Menteri dan juga Timbalan Menteri mencadangkan kepada Perdana Menteri bahawa kemudahan2 kami dengan sukarela di potong, termasuk beberapa elaun yang hak Menteri untuk perolehi dan tidak akan bercuti di luar negeri.

Tetapi apa yang berlaku? Beberapa Menteri dan keluarganya terus bercuti diluar negeri yang setiap Menteri akan ditanggung tiket kapal terbang dan makan minum tidak kurang dibayar kerajaan hampir RM150ribu.. 
 
Jadi apa maknanya semua ini? pembohongan yang kita lakukan kepada rakyat dalam keadaan sedar.

Dan dalam keadaan rakyat miskin dan klas menengah mengalir alir mata, berdukacita atas kesengsaraan hidup tanpa wang tunai yang cukup di awal tahun dengan berbagai perbelanjaan yang kos hidup meningkat mendadak, ada Menteri yang buat hari jadi di hotel lima bintang.

Di dalam media sosial.. tersiar photo Menteri di raikan hari jadinya. Meraikan hari jadi memang tak salah tetapi amalan menyambut hari jadi biasanya dikalangan budak-budak dan remaja atau orang muda dibawah usia 40tahun. 
 
Bagi mereka yang 40tahun keatas, kebiasaannya hari jadi hanya di raikan oleh kaum keluarga yang terdekat atau rakan-rakan di tempat kerja. Kerana sambutan hari jadi memang dia akui akan mengiratkan keluarga dan juga persahabatan.


Hari ini menjelang tengah hari ini, ada seorang Menteri yang juga seorang Naib Presiden UMNO tertinggi akan menyambut hari jadi atau Birthday yang mungkin ke 60 tahun. 
 
Memang tak salah juga meraikan hari jadi tetapi bila di buat di hotel mewah dalam keadaan sekarang, maka dia menjadi persoalannya ialah dimana wasitiyahnya atau kesederhanaan beliau sebagai seorang Menteri?

Mungkin ada alasan diberikan, bukan saya yang buat dan adakan majlis itu. Kawan-kawan saya yang buat dan adakan majlis hari jadi saya. 
 
Alasan itu itu hanya boleh diterima oleh mereka yang otaknya di kepala lutut. Bagi mereka yang otak dalam temporong kepala yang otaknya ada kiri dan kanan, mungkin sukar untuk menerimanya.

Pertama sebagai anggota pertadbiran awam, sewajarnya kita mengelak menerima sebarang jamuan yang diberikan oleh orang awam yang di panggil oleh Menteri itu 'sebagai kawan'. 
 
Dalam Akta SPRM pun ada ada menyebutkan soal rasuah ini termasuk memberikan jamuan. Kenalah kita berfikir kenapa 'tempua bersarang rendah'

Yang kedua.. adakah kawan kita melakukan setiap tahun sejak berpuluh tahun dulu macam Almarhum Tunku Abdullah kawan Mantan PM Dr Mahathir Mohemad yang mengadakan jamuan hari jadi kedua mereka sebelum PM Dr Mahathir Mohamad jadi Menteri dan Perdana Menteri. 
 
Jika sekarang Tunku Abdullah lakukan, SPRM tidak boleh mengatakan Tunku Abdullah memberi rasuah kepada PM Dr Mahathir Mohamad kerana jamuan meraikan itu sudah bertahun dilakukam.

Ketiga ialah kenapa buat di hotel.. kenapa tak buat di rumah?. Rumah Menteri itu bukannya saperti rumah pangsa PPR saperti yang terdapat di Parlimen Bandar Tun Razak. 
 
Pengalaman penulis sejak ada hubungan peribadi dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan tersenarai sebagai sahabat beliau seingat penulis sekian lama dan entah berapa kali majlis hari jadi beliau, semuanya buat di rumah termasuk di kediaman rasmi yang didahulukan sembahyang berjemaah.

Dan akhirnya keperluan apa untuk menyambut hari jadi dalam usia 60 tahun.. sebagai berlatar belakangkan pengetahuan agama, bukan kah setiap usia kita meningkat sebenarnya usia semangkin tiada dan berkurangan. 
 
Bukankah lebih sesuai dari membazir wang jamuan dan beri makan kepada orang yang memang dah kenyang itu, kita adakan kunjungan kerumah anak-anak yatim dan membantu mereka yang miskin. Lagi berkah doa mereka kepada kita.

Oleh itu adakah kawan kawan kita yang berbelanja sampai berbelas dan berpuluh ribu RM untuk hari jadi kita hanya suka suka membuang wang begitu sahaja dan tidak mahu mendapat apa-apa balasan atau pernah mendapat balasan atau jasa kita. wallahu'alam bissawab.


Dicatat oleh ahli UMNO sejak 1972 Zaharin Mohd Yasin @ Sang Kelembai.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.