`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, January 13, 2014

PROGRAM BANTUAN MANGSA BANJIR DI TERENGGANU DIJADIKAN BAHAN MAINAN OLEH UMNO???


Omak Kau ada menerima rungutan berasa tidak berpuas hati beserta dengan kiriman gambar, betapa para mangsa banjir di Terengganu khususnya di daerah Kemaman dijadikan bahan mainan oleh UMNO sebelum dihulurkan bantuan.

Antara keluhan dan rungutan salah seorang mangsa banjir ialah : .. Kalau nak dapatkan tilam, dapur, peti sejuk, periuk nasi dan TV kena ikut prosedur berikut ...

1)  Jumpa JKKK untuk isi borang.
2)  Kemudian pergi kepejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat sampai panjat ke Tingkat 3 untuk semak nama.
3)  Kelmarin dulu kena pergi kerumah JKKK untuk mendapat pengesahan borang yang telah di isi.
4)  Semalam diminta pergi padang astaka untuk ambil voucher . Tunggu dari awal pagi sampailah ke petang.
5)  Akhirnya seorang kakitangan bertugas menyerahkan sekeping voucher dengan mengeluarkan kata-kata berikut:- .....Ini vouchernya Inchik .. tapi barangnya bulan 4 (April) baru boleh dapat.

Apakah dari sejak surutnya banjir sehingga ke bulan April iaitu selama lebih kurang 4 bulan mangsa banjir tidak berasap dapurnya kerana ketiadaan periuk nasi?

Sepatutnya pihak yang bertanggung jawab kena pastikan keutamaan yang diperlukan seawal surutnya banjir kepada mangsa banjir.

Nanti sudah pasti ada suara-suara sumbang yang menyerang seperti kalau tidak suka jangan ambil .. kalau nak cepat belilah sendiri .. jenis tidak tahu bersyukur dan berterima kasih ...

Barang-barang yang diterima itu pun bukannya duit dari tabung UMNO tetapi dana kerajaan .. tabung rakyat.

Jangan persenda dan permainkan keadaan rakyat yang sedang kesusahan ... jangan gerak kerja bantuan terbina persepsi tidak sihat dan baik dalam minda rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.