`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, April 24, 2014

[8 Gambar] Wanita mengandung maut terjun bangunan di Terminal One Seremban sempat senyum kepada saksi




Seorang wanita sedang mengandung maut selepas terjun sambil membawa beg tangannya dari tingkat enam tempat letak kereta Terminal One Seremban, kira-kira 4 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Loh Kwee Moi, 43, dipercayai mati di tempat kejadian.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, Sopian, 22, berkata dia sedang berjalan dari tingkat dua pasar raya di bangunan sebelah untuk mengambil kereta di parkir Terminal One apabila nampak wanita terbabit mahu terjun daripada tingkat enam.

Dia menjerit bagi menghalang wanita itu terjun tetapi tidak dipedulikan mangsa, katanya.
Tambah Sofian, mangsa sempat senyum kepadanya sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat hidupnya dengan terjun bangunan tersebut.

Mayat wanita itu dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.