`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 5, 2014

Data penumpang, kargo MH370 dihilangkan seperti data kemasukan Altantuya?

SHAH ALAM, 4 APR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mempersoalkan langkah pihak berkuasa menghilangkan semua data penerbangan pesawat MH370 termasuk penumpang dan kargo dihilangkan daripada sistem Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).
Langkah itu, ujar Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin hanya menguatkan kepercayaan bahawa wujudnya permainan kuasa besar dunia di sebalik tragedi kehilangan misteri pesawat malang itu.
“Apabila SAMM cuba menghubungi pihak yang terbabit menguruskan penerbangan khususnya kargo, respon yang diperoleh adalah semua tidak berani bercakap berkenaan penerbangan itu.
SAMM pc chegu bard badrul hisham 02“Kunci mulut ini jelas berlaku selepas proses menahan siasat mereka yang terbabit dan mengapa semua data berkenaan penerbangan mebabitkan penumpang serta muatan dihilangkan dalam sistem.
“Melalui carian SAMM, sumber dalaman memaklumkan bukan sahaja dalam sistem tetapi data bercetak juga dibawa pergi tanpa ada salinan yang tinggal. ‘Manifest’ dan ‘load-sheet’ untuk penerbangan dihilangkan! Mengapa ini berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.
Katanya, sebelum ini kewujudan kargo misteri yang dikatakan transit dan dinaikkan dalam penerbangan itu sudah menjadi pengetahuan umum walaupun cuba dirahsiakan kerajaan.
Beliau turut mempersoalkan jumlah sebenar warga asing yang masuk dan keluar dari negara ini dengan menggunakan pasport palsu dengan mudah.
“Daripada segi jumlah penumpang kapal yang menggunakan identiti palsu juga tidak jelas. Polis dan DCA sendiri ‘bertengkar’ dalam media.
scorpene najib altantuya“Ini mengingatkan kita dengan kes pembunuhan wanita Monggolia yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara, yang mana ketika perbicaraan kes pembunuhannya rekod kemasukan wanita itu didapati hilang,” katanya.
Badrul Hisham juga tidak menolak kaitan isu kehilangan pesawat MH370 dengan isu Agensi Perisikkan Pusat (CIA) Amerika Syarikat menempatkan seorang agennya dalam pejabat Peguam Negara sedikit masa dahulu.
“Kepada Najib, kami tahu kamu juga tersepit tetapi ini berlaku kerana ia berpunca daripada kelemahan pentadbiran sendiri. Ingatkah kita cerita agen CIA dalam pejabat Peguam Negara yang cuba disapu di bawah karpet?
“Malaysia menjadi lemah kerana kita dihimpit, diugut kiri dan kanan. Malah, watak utama negara yang punya kes bunuh juga pernah diugut sehingga tanah negara terpaksa diserahkan pada jiran.
“Amat lemah, Malaysia hanya mengikut cakap negara lain. Bayangkan ketika radar Malaysia sudah mengesan pusingan pesawat terbabit tetapi beberapa hari awal kita membuang masa mencari di Teluk Siam, sedangkan kita tahu ia sudah melintasi negara semula,” katanya.
-NFN-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.