`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 18, 2014

Pelatih Polis Lahir Anak Dalam Tandas HKL

Pada 15 Apr 2014 lebih kurang jam 11.40 pagi, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur telah dimaklumkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL)bahawa seorang wanita yang dikenal pasti sebagai pelatih yang sedang menjalani latihan di PULAPOL, telah melahirkan anak perempuan di dalam tandas JabatanKecemasan Hospital berkenaan.
Kedua-dua ibu serta anak dalam keadaan sihat dan bayi tersebut disahkan oleh pakar perbidanan dilahirkan cukup bulan.Siasatan awal mengesahkan bahawa pelatih tersebut telah melalui saringan ujian air kencing pada 21 Jan 2014 dan disahkan Negatif oleh Jabatan PathologiHKL.
Sepanjang menjalani latihan di PULAPOL, tidak terkesan sebarang perubahan fizikal yang menunjukkan tanda-tanda kehamilan disebabkan saiz badannya yangkecil.Pelatih dirujuk ke HKL pada 15 Apr 2014 satelah mengadu mengalami bengkak di kaki dan kurang sihat.
Selepas melahirkan bayi, pelatih telah membuat pengakuan bahawa semasa ujian air kencing dijalankan, beliau telah mencampurkan air ke dalam sampel airkencing bagi mengelakkan terkesannya hormon kehamilan.
Tindakan ini telah disahkan oleh pakar perubatan sebagai berupaya mengurangkan konsentrasi hormon Beta HCG yang memberi kesan Positif dalam ujian kehamilan.

Berasaskan pengakuan pelatih tersebut, PDRM berharap tidak wujud sebarang spekulasi negatif dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian ini. ~fb pdrm

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.