`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, April 1, 2014

Rogol Cara Keji Rejim Assad Hadapi Mujahidin Islam di Syria.

Rogol Cara Keji Rejim Assad Hadapi Mujahidin Islam di Syria.

Fakta Kezaliman di Syria;
ROGOL adalah salah satu cara keji Rejim Bashar al-Assad untuk mengalahkan pejuang dan mujahidin Islam di Syria. Yakni merogol wanita agar mengaku dan mendesak lawannya supaya menyerah. Fakta ini terungkap dalam laporan Jaringan Hak Asasi Manusia Euro-Mediteranian yang diberitakan Al-Arabiya. Selain jadi korban perkosaan, wanita juga kerap diculik dan dijadikan perisai manusia.

"Ganguan terhadap wanita digunakan sebagai taktik mengalahkan pihak lain dari sudut psikologi dan simbolik," tulis laporan yang dikeluarkan bertepatan dengan Hari Antarabangsa untuk Hentikan Kekerasan terhadap Wanita.

Pemerkosaan kerap dilakukan tentera rejim pemerintah dalam operasi-operasi ketenteraan, penahanan mahupun pos pemeriksaan. Tercatat, peristiwa biadab ini terjadi di tujuh wilayah, termasuk ibukota Damaskus. Jumlah mangsa pemerkosaan, sukar dipastikan kerana keengganan mangsa melaporkan.

Salah satu mangsa yang dicatatkan masih berusia sembilan tahun. Kanak-kanak malang ini diperkosa di hadapan keluarganya di daerah Baba Amr pada Mac tahun lalu.

Dua wanita di kem Al Safira, wilayah Aleppo, Syria, yang kini kosong.
Dua kanak-kanak di kem pelarian di Al Safira, wilayah Aleppo, Syria, yang kini kosong. (sumber; Dokumentasi MSF)

Mangsa lainnya bernama Aida, 19, dari kota Tartus yang diperkosa dalam tahanan antara Oktober 2012 dan Januari 2013. Dia ditangkap kerana keluarganya dekat dengan kelompok Ikhwanul Muslimin yang anti pemerintah Assad. Dia mengaku diperkosa dua kali, termasuk digilir tiga tentera sehari sebelum pengadilan. Peristiwa kejam itu terjadi ketika dia di soal siasat. Ketika laporan soal siasatnya keluar, tiba-tiba masuk tiga orang tentara yang bergiliran merogolnya.

"Saya melawan orang yang pertama. Saat orang kedua, saya ketakutan dan tidak kuasa melawan. Ketika orang ketiga, saya benar-benar longlai. Saya mengalami pendarahan saat itu. Ketika orang terakhir selesai, saya terjatuh ke lantai," ujarnya.
"Sepuluh minit kemudian, doktor penjara masuk dan membawa saya ke bilik mandi. Di situ, dia memberikan suntikan agar saya kuat berdiri di pengadilan nanti," lanjutnya lagi.

Selain diperkosa, wanita Syria juga dijadikan perisai hidup. Mereka diculik untuk membuat keluarga mereka menyerah. Menurut laporan Jaringan Syria Hak Asasi Manusia, antara Desember dan Mei 2012, tercatat ada 125 wanita dan dua anak yang diculik. Lebih dari 12,.000 orang telah terbunuh dalam peperangan di Syria yang telah memasuki tahun ketiga. Menurut laporan Oxford, 11,000 anak Syria dibunuh atau disiksa.
>>>http://www.youtube.com/watch?v=wur-QIkkfgc
Translated by; Salman Al Farisy

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.