`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 4, 2014

SELAMAT ULANG TAHUN KE-15 PARTI KEADILAN RAKYAT ... REFORMASI.



KEADILAN parti politik yang bina dari darah, keringat dan air mata rakyat hari ini mencapai genap usia 15 tahun selepas ditubuhkan pada 4 April 1999.

Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tanggal 4 April merupakan tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional yang kemudian ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

“Salam Reformasi! Hari ini 4 April adalah tarikh keramat lahirnya Parti Keadilan Nasional. Satu wadah baru perjuangan dan kebangkitan rakyat. Selamat hari Keadilan. Reformasi!”

Idea untuk menubuhkan sebuah parti politik baru timbul selepas insiden pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Keputusan itu diambil kalangan pemimpin pelbagai peringkat, aktivis dan penyokong gerakan reformasi.

Namun, usaha tersebut tidak diluluskan Pendaftar Pertubuhan.

Jalan lain untuk menubuhkan parti politik baru dengan mengambil alih sebuah parti politik sedia berdaftar iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990 dan dinamakan semula dengan Parti Keadilan Nasional.

Pelancaran KEADILAN berlangsung di Hotel Renaissance, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 4 April 1999.

“Sejarah mencatatkan Parti Keadilan Nasional dilancarkan penubuhannya pada 4 April 1999 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur,” kata Ketua Penerangan, Dr Muhammad Nur Manuty di twitter.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999, Parti Keadilan Nasional membentuk kerjasama dengan PAS, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), dikenali sebagai Barisan Alternatif.

Dalam pilihan raya pertama yang disertai itu, Parti Keadilan Nasional berjaya memenangi lima kerusi Parlimen di Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu serta empat buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Pahang, Pulau Pinang dan Perak. Kerusi DUN bertambah pada 2001 melalui Pilihan Raya Kecil Lunas, Kedah.

Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Selepas Pilihan Raya 1999, kesedaran timbul tentang keperluan Parti Keadilan Nasional dan PRM bergabung, berdasarkan komitmen mereka yang sama terhadap reformasi, menentang ketidakadilan dan penyalahgunaan kuasa.

Pada 3 Ogos 2003, Parti Keadilan Nasional dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di Kuala Lumpur.

Pada waktu itu, Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihan Raya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform KEADILAN. Calon tunggal yang menang ialah Wan Azizah di Permatang Pauh, Pulau Pinang.

Akhirnya Parti KEADILAN Rakyat diluluskan penubuhannya selepas pilihan raya umum.

KEADILAN mendapat suntikan baru selepas pembebasan Anwar pada 2 September 2004, menyaksikan sokongan rakyat yang kian meningkat sehingga hari ini.

PRU ke 12 tahun 2008 menyaksikan buat julung kalinya BN tidak mampu memperolehi kerusi parlimen majoriti 2/3 .. Gabungan Pakatan rakyat KEADILAN/PAS/DAP memperolehi 81 kerusi parlimen dari 122 buah .. Kejayaan memberangsangkan ini di nobatkan sebagai Tsunami Politik melanda negara.

Keputusan ini jugalah yang mendorong Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi terpaksa melepaskan jawatannya.

PRU 13 dengan semangat dan laungan perang UBAH, Ini Kalilah PR mendapat 53% undi popular dan 89 kerusi parlimen .. Pakatan Rakyat jauh lebih popular dari BN namun sistem menidakkan PR mendapat lebih banyak kerusi parlimen.

Antara pencapaian paling manis dan enak dicapai oleh KEADILAN selepas PRU 13 ialah PRK Kajang yang baru sahaja selesai diadakan ... PRK ini cukup amat bermakna kerana sokongan kaum Melayu sudah berganjak dan berpindah ke Pakatan Rakyat selain mengekalkan sokongan kaum bukan Melayu terutamanya kaum Tionghua yang sedikit tidak berubah.

Keputusan ini memberi harapan dan cahaya dihujung terowong yang jelas kelihatan bahawa PRU 14 Putrajaya mampu di rampas oleh Pakatan Rakyat.


Selamat Ulang Tahun Ke 15 KEADILAN .. Kepada mu Rakyat meletakkan jutaan harapan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.