`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, April 26, 2014

TAHUN 2006 BUAT DEMO DEPAN KEDUTAAN BESAR AS BANTAH KEDATANGAN SETIAUSAHA NEGARA AS, CONDOLEEZZA RICE .. TAHUN 2014 SAMBUT PRESIDEN AS BARRACK OBAMA JADI MENTERI PENGIRING ... DASAR PERANGAI MUNAFIK!!!!


Dulu tahun 2006 bukanlah main marah kat Amerika Syarikat si KJ ni, ketika itu beliau hanya berjawatan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap menantu Pak Lah.

Buat demo terjerit terlolong depan Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Ampang walaupun tangan kirinya patah berbalut .. marah sakan meroyan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat Condoleezza Rice yang kebetulan sedang menghadiri Forum Serantau Asean (ARF) di Kuala Lumpur pada 28hb Julai 2006.

Masa tu para penganut pemuda UMNO kagum dan kaget terpukau akan "keberanian" luar biasa yang ada pada pemimpin muda menantu Pak Lah ni.

Tup.tup .. 8 tahun kemudian .. bulan April 26hb tahun 2014 naik pangkat jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan Menteri Belia dan Sukan dan masih menantu Pak lah, jiwa raga dan watak serta gelagat sudah berubah 360 darjah.

Dari pembenci sudah jadi menteri pengiring Presiden Amerika Syarikat.

Ini dinamakan munafik bin hipokrit bin talam dua muka bin satu sen tidak berguna.


Dari penentang jadi menteri pengiring.... HEBAT!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.