Sunday, April 27, 2014
WANITA DIROGOL DALAM TANDAS
SETIU - Seorang wanita mendakwa dirogol seorang pelanggan di kedai makan tempat dia bekerja dalam kejadian di sebuah tandas awam Kampung Nyatoh, Penarik, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.40 petang ketika mangsa berusia 23 tahun pergi berseorangan ke tandas itu tanpa menyedari dia diekori suspek dikenalinya berusia 20-an.
“Sebaik tiba, mangsa ditarik suspek ke dalam tandas dan diarahkan tidak berbuat bising jika enggan diapa-apakan.
“Mangsa mendakwa minta suspek melepaskannya, namun rayuan itu tidak diendahkan sebelum dirogol,” katanya.
Ab Rahman berkata, selesai melampiaskan nafsu, suspek meninggalkan mangsa sambil memberi amaran agar tidak menceritakan perbuatan itu kepada sesiapa, namun mangsa kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Penarik untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya. | Sinar Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.