`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 5, 2014

Apa? Budak Melayu Sekolah Buli Pelajar Lain? Wow! This Is So Unexpected!

Sejak beberapa hari ni, banyak pulak keluar video budak sekolah bergaduh. Kebanyakannya, perempuan. Budak lelaki kerumun dekat tepi jadi tukang tengok. Ada kes buli, ada kes gaduh one on one.

Yang memelikkan aku seolah-olah reaksi masyarakat kita nampak benda tu "unexpected."

Hahaha. Kelakar lah kau ni. Apa yang kau expect? Budak2 semua dengar cakap cikgu, gosok ggi sebelum tidur dan berbaris lurus sambil menyanyi lagu Rasa Sayang? Filem kita, wajah kita. Apa yang kita tengok, itulah yang kita jadi. Apatah lagi bila zaman remaja di mana kita tengah carik influence, pengaruh dan budaya.


Tak mengejutkan jika budak2 Melayu nak jadi gangster sebab terpengaruh dengan filem2 gangster. Yang mengejutkan adalah, kita, seolah-olah membiarkan saja benda ni berlaku dah berapa lama.

Untuk yang masih belum tahu, kutipan filem paling laris di Malaysia sudah pun dipegang oleh sebuah filem Mandarin arahan seorang anak Cina Malaysia yang bertajuk "The Journey" ? KL Gangster dah jadi nombor 2. Filem "The Journey" pulak mengisahkan mengenai seorang mat saleh yang disuruh untuk ikut syarat bakal bapak mertua dia sebelum dia dibenarkan kahwin dengan anak dia. Bandingkan sendiri mana lagi "Islam" ?

Kisah seorang mat saleh yang diajak untuk spend masa dengan bakal bapak mertua atau kisah anak masuk jail sebab samseng, anak bunuh bapak tiri dan anak jadi mangsa rogol ketua taiko. Bandingkan!

Daripada apa yang terjadi tu; ada beberapa persoalan timbul dalam kepala aku.

1. Kenapa terlalu besar perbezaan mentaliti penonton Melayu dengan penonton bukan Melayu? Kau cuba buat filem Melayu yang kena berfikir, Insya Allah tak laku. Jadi lambakan filem Melayu yang ada balik2 cerita samseng, hantu, cinta kerana itu adalah demand market orang Melayu.

2. "The Journey" adalah sebuah filem Mandarin...mengutip RM17 juta dengan marketing yang sangat limited dan pelakon tah sapa2 jika dibandingkan dengan KL Gangster yang mengutip RM11 juta yang membariskan the very marketable Aaron Aziz. Target audience The Journey adalah 25% penduduk Malaysia sementara target KL Gangster adalah 50-60% penduduk Malaysia.

3. Kualiti tema filem.....kenapa orang Melayu tak boleh nak buat filem yang menggambarkan moral value yang tinggi? Nak mengharap pembikin filem indie, diorang nampaknya lebih gemar buat filem2 untuk hipster. Nak mengharap pembikin filem mainstream, diorang nampaknya tak dapat pelepasan untuk buat filem yang diorang suka kerana produser bimbang tak balik modal.

4. Jika kau adalah orang2 yang sanggup bermatian-matian suka dengan filem gangster, cinta dan seram, tolong beritahu aku, kenapa?
..............

Masalah disiplin kat sekolah memang agak kritikal sebenarnya, kan? Cuma yang aku pelikkan, kenapa tak ada Menteri yang berani katakan "Wahai produser2 filem dan drama semua , tolonglah jangan buat lagi filem gangster tu sebab kau mempengaruhi budak-budak ni."

Budak2 bergaduh aje, mesti ada yang sebut dia Kak Long la, Abang Long la, Taiko la, Samseng la....

Tak payah bullshit-bullshit lagi.  Itu semua datang dari filem2 dan drama2 yang diorang tengok. Aku salahkan semua pembuat filem yang buat filem tak ada moral value sebab kau merosakkan masyarakat kita ni.

Adakah aku salah? Kau tengok la sendiri dalam video budak2 tu, apa perkataan diorang sebut. Memang nampak benar terpengaruh dengan filem2 tu.

Dan di sinilah persoalan aku yang aku harap kau fikirkan sama; Kau Melayu, kau Islam, kau Hamba Allah. Mulut kita ramai berbuih ajak orang sebar Islam, Islamkan orang, Islam is the truth, Islam adalah religion of peace, Islam the best, hanya orang Islam akan masuk syurga, woohoo....

1. Kenapa kita suka suka tengok benda tahyul, gangster dan maksiat sedangkan value Islam tak pernah ajar kau dekat dengan 3 benda tu?

2. Kenapa filem "The Journey" jauh lebih Islam valuenya berbanding filem2 hasil garapan orang Melayu Islam sendiri?

3. Aku sebenarnya malu bila aku baca sinopsis filem tu sebab orang Melayu sendiri, segan nak buat filem2 camtu. Tapi kalau aku cakap lebih2 kang ada orang kata aku Pro-Cina kang...

Tak payah lah nak buat muka terkejut tengok video budak2 sekolah bergaduh kalau kau sebagai mak bapak pun bawak anak pegi tengok KL Gangster masa filem tu tayang kat pawagam. Kalau kau ajar anak kau sayang dengan kisah gangster, tahyul dan maksiat, macam mana la kau boleh expect dia membesar nak jadi Ustaz? Jom la sama-sama perbetul culture seni Melayu ni sebab aku dah loya tengok filem gangster, tahyul dan cinta ni. Tapi bila bukak paper, tengok sekarang ni kutipan filem "Abang Long Fadil: dah cecah Rm2 juta.

Argh! Come on la Melayu!

...................

Sekalipun berdepan cabaran filem Hollywood dan mendapat klasifikasi 18PL, pemilik Skop Productions, Datuk Yusof Haslam, tetap berpuas hati dengan pencapaian filem Abang Long Fadil yang berjaya memungut RM 2.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Kutipan berkenaan tidak termasuk pungutan tiket bagi tayangan di Brunei dan Singapura. Walaupun berpuas hati dengan kutipan yang dicatat pada minggu pembukaan, Yusof berkata, angka berkenaan mungkin lebih memberangsangkan jika tidak diklasifikasikan di bawah 18PL.

Walaupun sedikit kecewa dengan klasifikasi yang diberikan Lembaga Penapisan Filem (LPF), namun Yusof akur dengan keputusan badan berkenaan.

“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” katanya kepada HIP ketika dihubungi, semalam.

Imej diatas sesuai untuk ditonton oleh budak sekolah pada waktu cuti sekolah
kerana memaparkan nilai-nilai murni yang selaras dengan kehendak syariat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.