Senario dalami Facebook dan Whatsapp, kebanyakkan komen orang ramai, sudah tidak percaya kenyataan Jakim bahawa coklat Cadbury itu halal.
COMMENT
Pada 24 Mei lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan ‘porcine’ atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 November 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Januari 2015.
Ini membangkitkan kemarahan umat Islam dalam negara.
Namun, Jakim kelmarin mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu mungkin tercemar kerana tidak diambil terus dari kilang.
“Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang,” Noor Hisham dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Semalam, Jakim juga menyatakan kesediaan untuk memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini.
Tidak percaya Jakim?
Walaubagaimanapun senario di alam maya dan laman sosial seperti Facebook dan Whatsapp, kebanyakkan komen orang ramai, sudah tidak percaya kenyataan Jakim bahawa coklat Cadbury itu halal.
Pelbagai gambar yang di edit dan di superimpose yang menyindir Jakim, membanjiri laman sosial.
Hujah orang ramai untuk tidak mempercayai kenyataan Jakim ialah mereka merujuk kepada kenyataan awal Kementerian Kesihatan yang telah mengesan ‘porcine’ atau DNA babi dalam coklat tersebut.
Ada dua kesimpulan yang boleh di buat dalam isu coklat Cadbury ini.
Pertamanya coklat Cadbury ibarat sudah dijatuhkan talak tiga. Sebab apabila kenyataan pertama mengatakan ada DNA babi dalam coklat Cadbury, maka itulah status muktamad bagi orang ramai.
Kebarangkalian sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak diambil peduli oleh orang ramai.
Talak tiga
Walaupun Jakim sendiri telah mengesahkan produk coklat Cadbury halal untuk dimakan, nampaknya orang ramai tidak mahu menerima status halal tersebut.
Bermakna seperti seorang suami menceraikan isterinya dengan talak tiga yang tidak boleh dirujuk semula, nasib coklat Cadbury pun seumpama itu. Sekali cakap tidak halal, maka tidak halal lah dia walaupun sebenarnya halal.
Dari segi konteks perundangan dan Islam sendiri ianya tidak adil kepada syarikat coklat Cadbury, Jakim dan Kementerian Kesihatan, kerana tiada diberi peluang membela diri. Sebaliknya persepsi negatif sudah dimuktamadkan oleh orang ramai.
Kesimpulan yang kedua ialah, isu coklat Cadbury ini sedikit sebanyak membuatkan orang ramai tidak percaya pada Jakim (berdasarkan komen orang ramai dalam laman sosial).
Tetapi persoalan yang orang ramai harus tanya pada diri sendiri ialah, jika mereka tidak percaya dengan kenyataan Jakim bahawa coklat Cadbury itu halal, maka bagaimana pula status beratus-ratus produk makanan lain yang berada di pasaran yang mereka gunakan turut mempunyai logo halal dari Jakim?
Jakim ditadbir oleh orang Islam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pun orang Islam. Orang ramai perlu hormat dan yakin pada Jakim dan Jamil Khir, kerana mereka pun umat Islam juga.
Tidak mungkin mereka menghalalkan sesuatu produk yang haram.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.