`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 1, 2014

Curi pasir: Selangor bertindak tegas

Pejabat daerah dibenarkan merampas tanah persendirian yang diceroboh atas tujuan pencurian pasir.
20140601_112431SHAH ALAM: Tanah milik persendirian yang dibiarkan dicerobohi atas tujuan pencurian pasir akan dirampas oleh kerajaan negeri, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurut Abdul Khalid, beliau memberikan kenaran berbuat demikian kepada pejabat daerah di Selangor.
Abdul Khalid turut memberi jaminan bahawa pegawai daerah dan juga Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB) akan memastikan sindiket curi pasir dan pencerobohan itu dihentikan.
“Saya ingin ingatkan kepada pemilik tanah kalau pencurian pasir itu dibuat di atas tanah persendirian saya telah berikan kuasa kepada pejabat daerah untuk keluarkan notis perampasan tanah.
Abdul Khalid menegaskan perkara ini dilakukan supaya memastikan pemilik tanah bertanggungjawab keatas tanah milik mereka.
“Penahanan jentolak juga akan dibuat untuk tempoh yang panjang bagi memastikan ia tidak akan digunakan lagi,” katanya ketika sidang media selepas perasmian kursus perdana Skim Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (Seroja) di Dewan Jubli Perak hari ini.
Baru-baru ini Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar mempertikaikan mengapa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan kegiatan curi pasir di Selangor namun mengambil tindakan tegas terhadap peneroka tanah kerajaan.
“Mana-mana rakyat yang telah menduduki tanah berstatus kebenaran menduduki sementara (TOL) sejak 40 tahun lalu kini diberi notis keluar, namun kegiatan curi pasir dibiarkan sahaja.
“Mereka ini lebih nampak kelemahan pihak berkuasa di peringkat Persekutuan seperti polis atau SPRM, tapi kelemahan penguatkuasaan mereka, tidak nampak pula,” Noh dipetik sebagai berkata.
Dalam masa sama, ahli Parlimen Tanjung Karang itu turut mempersoalkan peranan dan tanggungjawab petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang dilantik kerajaan negeri Selangor dalam membanteras kegiatan tersebut.
Noh mendakwa kerajaan negeri tidak mengambil tindakan walapun laporan telah dibuat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.