`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 21, 2014

Datuk Bandar Menjawab Ameno World Isu KG. Chubadak.

Selalunya orang2 berpangkat ini sombong. Persepsi klise la kan. Tapi bukan sekadar persepsi je kerana sememangnya ada yang betul2 sombong. Tapi berbeza pula dengan Datuk Bandar. Yang mengetuai DBKL.

Dalam isu KG. Chubadak. Ada kenalan yang berhasil mendapatkan no telefon Datuk Bandar KL. Maka kami pun mula mengwassap Datuk Bandar dengan harapan dapat menyelamatkan riwayat hidup KG. Chubadak tersebut.

Dan berikut kat bawah ialah jawapan2 dari Datuk Bandar mengenai pertanyaan2 aku ;

 



Tiada kata2 kasar. Tiada kemarahan. Dan tidak sombong.

Yang neh aku puji sikap Datuk Bandar sebab mahu melayani pertanyaan rakyat marhaen. Tapi dalam waktu yang sama. Aku keliru dan ramai juga penduduk2 di KG. Chubadak keliru. Kenapa DBKL perlu juga merobohkan perkampungan Chubadak sedangkan urusan mengenai PAMPASAN belum dimuktamadkan lagi?

Mungkin wujud kekeliruan maklumat di kalangan penduduk2 di KG. Chubadak dan DBKL.

Kekeliruan pertama.

Di pihak penduduk mengatakan mereka perlu sewa seumur hidup. Mungkin ia terpakai untuk warga emas. Mungkin juga tidak. Aku tidak tahu. Tetapi jawapan yang diberikan oleh Datuk Bandar ialah rumah PPR itu boleh dibeli. Ataupun kekal sewa seumur hidup (terikat dengan terma).

Kekeliruan kedua. 

Kekeliruan juga wujud apabila penduduk enggan terima pampasan RM7,000 disebabkan mereka bukan membina penempatan haram. Status mereka ialah peneroka bandar. Selaku peneroka bandar, apakah RM7,000 ialah pampasan yang berbaloi di zaman sekarang?

Kekeliruan ketiga.

Lihat gambar ketiga. Aku ada bagi satu screenshot kat Datuk Bandar. DBKL sendiri mengemukakan cadangan bahawa zon2 yang digazetkan sebagai kediaman tidak akan diambil tanahnya. Tapi kenapa DBKL berubah dari plan asal mereka? Apakah ada sesuatu yang telah berlaku sehingga DBKL terpaksa mengubah semula cadangan asal mereka? Tekanan dari pihak atasan? Campurtangan politik? Aku tatau.

Kekeliruan keempat.

Lihat gambar ;



Gambar ehsan oleh Abah Anas. Dan tengok?

Sekarang tengok berita kat bawah pula ;



Tanah perkuburan pula? Sebelum itu alasannya nak membina perumahan PPR untuk penduduk2 di KG. Chubadak yang dipindahkan. Maksudnya. 

1. Mula2 pindahkan penduduk KG. Chubadak ke rumah PPR yang takde air dan air.

2. Mereka perlu keluarkan modal untuk masukkan air dan api.

3. Kemudian bila rumah PPR di KG. Chubadak dah siap dibina maka mereka akan berpindah sekali lagi ke situ.

4. Nak masukkan api dan air lagi.

Lebih kurang gitulah plan awal. Namun nampaknya plan awal dah kena revert. Sekarang tetiba jadi tanah perkuburan pula. Yang masih hidup kena halau untuk beri laluan kepada yang bakal meninggal dunia katanya. Satu cadangan yang tidak cerdik pada aku. Ini kerana yang masih hidup tue ko patut biarkan mereka terus hidup di situ. Jika mahu mencari rumah kepada penbakal2 si mati maka carila kawasan lain yang bersesuaian. Wajar ke halau yang masih hidup untuk memberikan laluan kepada yang bakal mati? Namun begitu. Kenyataan dari menteri pun tak boleh diterima pakai juga. Tinjauan Abah Anas (rujuk gambar) ke lokasi pagi tadi (gambar hari ini, masih fresh) menunjukkan kawasan yang dikatakan bakal menjadi kubur tak la nampak macam nak dijadikan kubur pun. Jentolak semua dah lalu situ untuk ratakan tanah. Macam nak membina sesuatu aje. Sejak bila orang2 yang dah meninggal dunia duduk dalam rumah kondo ek? Aku tak pula tahu.

Ada satu cerita. Serba salah nak sebut. Sebab takde bukti. Tapi ada saksi bagitau. Ada menteri tue. Bersama seseorang yang berpengaruh dari YTL. Pergi la ke satu bar tue. Amboi. Sampai terlanggar pasu lepas mabuk2 pun ada tue. Kalau la. Kalau la ada rakaman, ada CCTV, ada gambar memang menarik sungguh nak cemarkan peribadi pemimpin2 macam tue. Aku bukan suka main isu peribadi. Tapi kalau dah terpaksa sangat aku buat aje. Sebab benda2 macam neh membabitkan kepentingan rakyat. Tapi itulah. Bukti pula takde. Nak sebut nama pun tak boleh. Moga2 Allah tunjukkan kepada dunia wajah sebenar menteri tersebut suatu hari nanti.\

Lihat ;


Gambar sayu pakcik tersebut. Bayangkan jika ini bapa kita? Ahli keluarga kita ataupun kita sendiri? Boleh faham tak betapa sedihnya ahti diperlakukan sedemikian rupa di negara sendiri? 

 
Dan kepada rakyat Malaysia yang dok kutuk2 penduduk KG. Chubadak. Hayatila gambar kat bawah neh. Dengan pesanan. Kalau tatau citer diam lebih baik. Dan err TV3 dan UTUSAN tak cover ke isu perobohan perkampungan melayu di KG. Chubadak? Ke penduduk2 di KG. Chubadak tue semua cina dan india?

KAH KAH KAH


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.