Kepala hotak Nurul Asyikin on Thursday, June 5, 2014
Gila weiii..
Ini la kot agaknya yang orang cakap ulat dalam batu boleh hidup. Apatah lagi ulat dalam susu tepung. Lagi la boleh hidup. Btw, aku neh tak faham sangat cara ulat hidup. Kalau kat tempat tertutup yang takde udara apa semua pun dorang boleh hidup juga ke apa?
Sebab dari apa yang aku faham, bekas plastik susu tepung tue mana ada lubang. Selagi ko tak buka maka takde la dia lubang. Kalau ko dah buka baru la ada udara dari luar yang masuk. Isunya sekarang ulat dah memang sedia wujud dalam susu tepung tersebut. Dan ia masih bergerak2. Belum mati wei.
Kita serahkan kepada pihak Dutch Lady untuk menjawab aduan dari Puan Nor ismawati. Untuk rekod, ketika neh orang yang share video tersebut dah lebih dari 2,000 di facebook sahaja. Medium lain tak kira lagi. Mohon Dutch Lady cepatla menjawab ye. Dan untuk ibu2 yang gunakan jenama neh baik korang check betul2. Terutamanya susu tepung Dutch Lady 123. Satu lagi, Puan Ismawati perlu dedahkan kat mana dia beli susu tepung tersebut. Kadang2 dia keluar dari kilang okay tapi penyimpanan oleh pihak yang menjual pula tak betul. Pun boleh jadi isu juga. Itu sebab nak kena siasat apa semua..
Baca ;
Gempar! Ulat dijumpai dalam susu tepung Dutch Lady 123!
quote:
"Assalamualaikum. PENTING UTK DIBACA DAN SHARE
Anak saya Umar Raiyan 1 tahun 5 bulan minum susu Dutch Lady 123. Ahad lepas beli susu ni di Manjaku. Bila saya buka untuk tuang di container, saya dah bau semacam. Tapi tak syak apa-apa lagi. Dalam 2 hari kemudian, saya perhatikan umar minum susu. Tiba-tiba ternampak 1 benda dalam botol tu. Sebelum termasuk dalam mulut, saya tarik botol dari mulut umar. Saya buang and buat yang lain. Esok malam nya, masa nak buat susu umar, saya nampak lagi benda yang sama. Saya ambil dan tengok betul-betul. Ia macam binatang kecik je. Saya pelik mana datang binatang ni. Malam semalam sebelum saya nak buat susu untuk umar, terdetik dalam hati untuk tengok-tengok dalam container susu. Saya cedok-cedok susu tepung tu and tengok apa saya jumpa! Memang binatang okay. Saya jumpa seekor and suami sambung cedok-cedok lagi and jumpa lagi 3 ekor. And hidup tau takk! Nak cakap maybe dalam container susu dah ada memang tak mungkin. Sebab sebelum susu dituang, container dah dibasuh bersih. Pada packaging pun date belum expired. Maknanya apa? Bintang tu memang dah ada dalam susu tepung tu dari awal, dari belum dibukak?
Binatang-binatang ni hidup tau tak. And anak saya dah minum berbotol-botol. 4 ekor jumpa dalam susu tepung, 2 ekor jumpa dalam botol susu umar. Balance susu tu memang saya buang terus! Apa nak jadi ni Dutch Lady Malaysia !!"
rujuk video ulat gerak2 oleh Puan Ismawati di sini :
Anak saya Umar Raiyan 1 tahun 5 bulan minum susu Dutch Lady 123. Ahad lepas beli susu ni di Manjaku. Bila saya buka untuk tuang di container, saya dah bau semacam. Tapi tak syak apa-apa lagi. Dalam 2 hari kemudian, saya perhatikan umar minum susu. Tiba-tiba ternampak 1 benda dalam botol tu. Sebelum termasuk dalam mulut, saya tarik botol dari mulut umar. Saya buang and buat yang lain. Esok malam nya, masa nak buat susu umar, saya nampak lagi benda yang sama. Saya ambil dan tengok betul-betul. Ia macam binatang kecik je. Saya pelik mana datang binatang ni. Malam semalam sebelum saya nak buat susu untuk umar, terdetik dalam hati untuk tengok-tengok dalam container susu. Saya cedok-cedok susu tepung tu and tengok apa saya jumpa! Memang binatang okay. Saya jumpa seekor and suami sambung cedok-cedok lagi and jumpa lagi 3 ekor. And hidup tau takk! Nak cakap maybe dalam container susu dah ada memang tak mungkin. Sebab sebelum susu dituang, container dah dibasuh bersih. Pada packaging pun date belum expired. Maknanya apa? Bintang tu memang dah ada dalam susu tepung tu dari awal, dari belum dibukak?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.