`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 23, 2014

Jika mahu Bible bahasa Melayu, tutup sekolah vernakular, kata Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihak yang mahukan Bible dicetak dalam bahasa Melayu mempunyai niat yang tidak baik iaitu mahu memesongkan akidah umat Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Jun, 2014.Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihak yang mahukan Bible dicetak dalam bahasa Melayu mempunyai niat yang tidak baik iaitu mahu memesongkan akidah umat Islam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Jun, 2014.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menyeru kerajaan Pakatan Rakyat (PR) agar menutup sekolah vernakular di negeri masing-masing jika benar memperjuangkan Bible dalam bahasa Melayu.
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihak berkenaan yang mahukan Bible dicetak dalam bahasa Melayu mempunyai niat yang tidak baik iaitu mahu memesongkan akidah umat Islam.
"Ini mulanya dicetuskan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semasa menyahut Krismas tahun lalu. Beliau menggesa kerajaan mengizinkan Bible dalam bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk tidak meneruskan rayuan pihak gereja selepas empat daripada tiga panel hakim bersetuju menolak rayuan berkenaan.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.