`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 16, 2014

KES CULIK WARGA FILIPINA DI SEMPORNA ... NAJIB KATA TIADA WANG TEBUSAN DIBAYAR BAGI PEMBEBASAN TETAPI AKHBAR DAILY EXPRESS KATA WANG TEBUSAN SEBANYAK RM2.2MILLION DIBAYAR KEPADA MILITAN ABU SAYYAF .. SIAPA BERKATA BENAR DAN SIAPA YANG MENIPU NI??????



KUALA LUMPUR 30hb Mei 2014- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan seorang wanita warganegara China dan seorang wanita warganegara Filipina yang diculik dari Singamata Adventures Reef and Resort di Semporna, Sabah awal April lepas.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bahawa dua wanita yang diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas, telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Tiada wang tebusan dibayar bagi pembebasan mereka," kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.
Justeru itu, beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara di atas usaha mereka membebaskan kedua-dua mangsa culik itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga sedang berusaha menghantar pulang wanita China itu ke negaranya secepat mungkin. Najib berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina.

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya turut merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina yang bekerjasama rapat dalam pembebasan kedua-dua mangsa.

"Berbanyak-banyak terima kasih kepada Pasukan Keselamatan Filipina di atas bantuan dan kerja keras mereka bagi membebaskan dua mangsa culik di Semporna, Sabah.

"Syabas Cawangan Khas @PDRMsia, di atas kerja keras berterusan berjaya membebaskan 2 tebusan itu. Mangsa dalam keadaan sihat," katanya.

Terdahulu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengesahkan pembebasan mangsa culik itu adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lokasi kedua-dua mangsa itu kini. - Bernama

Tapi akhbar Daily Express memberitahu wang tebusan sebanyak RM2.2 million telah dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf bagi pembebasan kedua mereka.

Jadi persoalan yang timbul .. siapa yang berkata benar dan siapa yang menipu??????? .. Rakyat kini sudah keliru dan bercelaru dengan dua kenyataan yang amat jauh berbeza ini.


Perlu penjelasan yang menyakinkan dari pihak berwajib demi pencerahan dan kebenaran.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.