`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, June 26, 2014

Pemegang konsesi UiTM Kota Samarahan juga dapat LATAR

Siri penswastaan UiTM jadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputra disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno
Rafizi-RamliPETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, sekali lagi mendedahkan bahawa syarikat Rekajaya Projek Sdn Bhd yang dianugerahkan konsesi penswastaan UiTM Kota Samarahan juga dianugerahkan konsesi lebuhraya oleh kerajaan.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat ini dikuasai oleh pasangan ahli perniagaan bernama Dato’ Mohamed Raffe bin K. Chekku dan isterinya Datin Nilufar Yusupova melalui Rafulin Holdings Sdn Bhd. (Sila semak carian SSM bagi Rekajaya Projek Sdn Bhd dan Rafulin Holdings Sdn Bhd).
“Sementara saya tidak mempersoalkan kebebasan ahli-ahli perniagaan seperti Dato’ Mohamed Raffe untuk menjalankan perniagaan masing-masing, kaedah rundingan terus yang digunakan oleh pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan berselindung di sebalik alasan pendekatan “private finance initiatives” (PFI) begitu mudah disalahgunakan atau dipengaruhi yang membuka ruang kepada rasuah yang merugikan rakyat,” jelasnya.
Menurut beliau, melalui kaedah rundingan terus ini, ahli perniagaan yang mempunyai akses kepada pimpinan Umno dan pegawai tinggi kerajaan berpeluang mendapat konsesi-konsesi yang diikat dalam tempoh yang lama dan boleh merugikan rakyat.
“Selain konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Kota Samarahan, syarikat yang dikuasai oleh Dato’ Mohamed Raffe juga dianugerahkan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur Kuala Selangor (atau LATAR) melalui satu konsortium Kuala Lumpur Kuala Selangor Expressway Berhad. Konsesi lebuhraya LATAR ini adalah selama 40 tahun.
Kata Rafizi lagi, syarikat-syarikat yang dikawal oleh Dato’ Mohamed Raffe boleh diibaratkan sebagai pakar perunding konsesi yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan konsesi-konsesi sebegini sementara pembinaannya diberikan kepada syarikat bukan Bumiputra sama ada melalui perkongsian (joint venture) atau sub-kontrak.
“Mengenai pembinaan Lebuhraya LATAR dan UiTM cawangan Kota Samarahan, pembinaannya dikendalikan oleh Binapuri Holdings Berhad, sebuah syarikat pembinaan bukan Bumiputra yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur.
“Semakan dengan SSM dan laman web syarikat-syarikat terbabit menunjukkan bahawa kos pembinaan kedua-dua konsesi yang dianugerahkan kepada syarikat Dato’ Mohamed Raffe dibiayai melalui pinjaman dari Bank Pembangunan Berhad, sebuah bank milik penuh kerajaan,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata siri penswastaan UiTM menjadi bukti bagaimana nama Melayu dan Bumiputra disalahgunakan untuk mengkayakan kroni Umno.
“Saya akan terus bersuara mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan di dalam kaedah PFI supaya Umno tidak sewenang-wenangnya menganugerahkan konsesi yang akan membebankan rakyat kelak.
“Saya juga sertakan jawapan bertulis Perdana Menteri yang mengesahkan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah konsesi penswastaan UiTM ini sebagai bukti fakta sepanjang pendedahan,” akhirinya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.