Ahli Perkasa dalam satu perhimpunan di perkarangan Istana Kayangan, Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafiee, 23 Jun, 2014.Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran akan memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata, orang Islam kini diuji dengan golongan anti-Islam yang sengaja menimbulkan polemik berhubung isu kalimah Allah dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
"Suara mereka suara Israel, mereka yang anti Islam, minda mereka dicemari dengan musuh Islam.
"Jika kamu tidak tutup mulut kamu daripada terus memperkotak-katikkan Islam, kita akan tutup mulut kamu dan jika kamu mengkhianati Sultan, kita akan pancung kepala kamu.
"Biarkan kamu mati daripada terus menjadi parasit," katanya semasa berucap dalam perhimpunan di depan perkarangan Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.