`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 21, 2014

Sabah dan Sarawak berhak dapat jawatan TPM

Isu ini dimanupulasikan oleh parti pembangkang sehingga sanggup menghasut rakyat
Sabah-Sarawak-People-300x202KUCHING: Tuntutan melantik dua orang lagi Timbalan Perdana Menteri (TPM), masing-masing dari Sabah dan Sarawak merupakan suatu cadangan yang wajar dan adil berdasarkan sejarah perjanjian pembentukan Persekutuan Malaysia.
Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Kol (b) Awangku Jamuddin Pengiran Kon berkata, secara tidak langsung pelantikan TPM dari Sabah dan Sarawak mampu membendung perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga di Malaysia Timur.
Menurutnya, Sarawak dan Sabah berhak mendapat kelebihan itu kerana sejarah pembentukan Malaysia direalisasikan hasil daripada gabungan empat negeri wilayah iaitu Sabah, Sarawak, Singapore dan Malaya (Semenanjung).
“Tuntutan jawatan TPM bukan bermaksud hendak mempertikaikan atau berlaku ketidakseimbangan dalam pembahagian kerusi kabinet pusat tetapi ingin melihat Sabah dan Sarawak terus maju kehadapan.
“Kita tidak mahu isu ini dimanupulasikan oleh parti pembangkang sehingga sanggup menghasut rakyat agar Sarawak keluar dari Malaysia,” katanya.
Sarawak tidak boleh keluar dari Malaysia.
Awangku Jamuddin berkata, NGOs dilihat semakin berani menyebarkan sentimen keluar dari Malaysia dengan bermodalkan tuntutan hak-hak yang berkaitan dengan Sabah dan Sarawak.
“Sarawak tidak boleh keluar dari Malaysia. Tuntutan yang tidak masuk dek akal ini merupakan permainan pihak pihak tertentu untuk memenangi hati rakyat agar membenci Barisan Nasional (BN),” jelasnya.
Tuntutan pembangkang yang cenderung berniat jahat seperti itu, hanya akan membantutkan usaha pembangunan di Sarawak tetapi membawa kehancuran kepada Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.