`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, June 6, 2014

TERBONGKAR! Kebenaran gadis bertudung murtad beramai-ramai di gereja


Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.



Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei  lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.

Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji dalam Islam. - MYNEWSHUB.MY

Sila baca kenyataan ini dari Polis Malaysia  sebelum bertindak:


GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA:

Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.