`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, June 26, 2014

TERKINI - Pelajar Larikan Kereta Bersama Dua Beradik Ditangkap



Puchong : Polis menahan seorang pelajar tingkatan lima disyaki membawa lari sebuah kereta Proton Gen 2 bersama seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan bayi tiga bulan di Puchong, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, suspek pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di Puchong itu ditahan di rumahnya 2.15 pagi hari ini.

Beliau berkata penahanan suspek adalah berdasarkan maklumat orang awam dan kanak-kanak sembilan tahun yang dibawa lari semalam.

Katanya, pemeriksaan di dalam bilik mangsa menemui sebilah pisau pemotong kertas dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa dan pakaian seragam sekolah, beg sandang, dompet jenama Levi's dan wang tunai berjumlah RM117.

Katanya, suspek akan direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, mangsa dan adiknya diarah turun di kawasan kilang di Taman Perindustrian Puchong selepas dilarikan sejauh hampir lima kilometer.

Kejadian dikatakan berlaku ketika mangsa ditinggalkan bersama adik bongsunya itu di dalam kereta yang tidak dimatikan enjin ketika ibu mereka menghantar dua lagi adiknya masing-masing berusia tiga dan lima tahun ke rumah pengasuh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.