Hiasan |
Dalam pemeriksaan jam 2 pagi itu, pasangan yang masing-masing menuntut di Pulau Pinang dan Pasir Gudang, di sini, mendakwa alat itu baru dibeli dalam talian.
Ketika ditahan keduanya berada dalam keadaan terpinga-pinga dan mendakwa alat sulit berkenaan baru sampai selain belum lagi ‘merasainya’.
Seorang daripadanya mengakui dia mengambil penerbangan dari Kuala Lumpur untuk bertemu kekasih yang juga berperanan sebagai ‘suami’ di atas ranjang.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 26 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 kerana melakukan muhasaqah (lesbian) dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Pasangan berkenaan adalah antara lapan pasangan ditahan JAINJ dalam operasi membanteras maksiat di sini, diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAINJ Mohd Zamri Kambari./hmetro
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.