`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, September 10, 2014

800 KAKITANGAN BPP ( PINJAMAN PERUMAHAN) MENGELABAH? APAKAH PUNCANYA....

Kakitangan BPP masih tertanya-tanya nasib sebenar mereka



JAMINAN Kementerian Kewangan tiada kakitangan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) akan dibuang kerja apabila agensi itu dimansuhkan belum cukup untuk melegakan buat 800 orang kakitangan tersebut.

Ini kerana dalam kalangan kakitangan BPP dimaklumkan bahawa hanya 500 orang kakitangan akan diserapkan ke entiti baru dan nasib baki 300 orang lagi belum diketahui menyebabkan mere tertanya-tanya apakah sebenar kedudukan pekerja selepas entiti baru ditubuhkan
.

Menurut kakitangan BPP, ada kakitangan yang bertanya mengenai perkara tersebut kepada ketua-ketua bahagian namun jawapan yang diterima tidak memberangsangkan.

"Moral penjawat awam terutama yang berstatus kontrak sekarang memang jatuh. Banyak sangat maklumat sampai tidak tahu mana yang betul atau tidak.

"Apa salahnya semua kakitangan diberi penjelasan mengenai cadangan pemansuhan BPP dan entiti baru itu.

"Jika penjawat-penjawat awam yang lain tidak puas hati dengan pemansuhan BPP, kami di BPP pula risaukan nasib kami," menurut kakitangan agensi itu kepada MalaysiaGazette.

BPP yang kini mengendalikan kira-kira 1.2 juta pinjaman perumahan penjawat awam bakal digantikan peranan dan tanggungjawabnya dengan sebuah entiti baru bertaraf badan berkanun.

Penubuhan entiti itu disahkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan sambil mengakui proses itu sedang dilakukan oleh sebuah perunding.

Spekulasi pemansuhan BPP itu didedahkan oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) selepas mendapat maklumat daripada BPP sendiri.


Cuepacs mendakwa kerajaan tidak telus dan berahsia berhubung penubuhan entiti baru itu kerana dibuat tanpa berbincang atau mendapat pandangan kesatuan yang mewakili 1.5 juta penjawat awam.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan memberitahu, perjumpaan dengan Cuepacs akan dibuat selepas rang undang-undang mengenai entiti itu dipersetujui.

1 comment:

  1. Apa yang admin merepek ni? Aku keja BPP tak gelabah pun.. Siapa kata BPP nak mansuh? Ini semua poyo je.. Sebaliknya BPP akan di dijadikan BADAN BERKANUN demi menambah baik skim pinjaman perumahan kepada Penjawat Awam. Bila BPP akan diperbadankan, kakitangan BPP akan menikmati kelebihan-kelebihan yang selayaknya sebagai kakitangan sebuah badan berkanun, dan tidak sedikitpun mengurangkan kelebihan yang di nikmati sehingga kini.
    Sekian terima kasih.

    Untuk maklumat lanjut sila layari http://bpp.treasury.gov.my

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.