`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 18, 2014

Adakah PAS yang GAGAL untuk BERDAKWAH sebenarnya..???

http://sekamarrindu2009.files.wordpress.com/2010/12/jambatan2bdi2bpantai2bpulau2bkerengga2b-2bnight2bshot.jpg
JAMBATAN DAKWAH

SEMASA PERINGKAT AWAL tahaluf siyasi, kita begitu teruja dengan kejayaannya kerana kita melihat PR sebagai jambatan dakwah kepada non Muslim sama ada dalam PKR dan DAP atau di luar kedua-dua parti berkenaan.

Kita turut menubuhkan Dewan Penyokong PAS bagi non Muslim yang bersedia untuk bersama kita secara langsung.

Kita canangkan dimana-mana sahaja kejayaan ini apabila ada seorang dua pemimpin PKR dan DAP yang mula menghormati agama kita dan sudah pandai mengungkapkan beberapa patah ayat al-Quran dan hadis.

Kita kata, lebih setengah abad, Umno gagal buat apa yang kita mampu buat. Umno hanya berkawan dengan mereka tetapi tidak pernah berdakwah kepada mereka.

Namun pada hari ini, hasil daripada beberapa sikap dan tindakan kita, sebahagian non Muslim dalam PKR dan DAP mulai curiga terhadap keikhlasan kita bersahabat dengan mereka.

Kecurigaan itu sedikit sebanyak menggoyahkan keutuhan jambatan dakwah yang kita bina selama ini.

Saya tak dapatkan bayangkan bagaimana jambatan dakwah itu mungkin runtuh jika kita membatalkan tahaluf siyasi yang sedia terjalin ini.

Jika itu benar-benar berlaku, kita juga gagal dalam dakwah terhadap mereka sama seperti kegagalan Umno.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.