`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, September 18, 2014

BN lawan PAS, budu yang menang

Permintaan terhadap budu yang dikeluarkannya dalam sehari meningkat drastik berbanding hari biasa.
buduTUMPAT: Pengusaha budu menerima ‘habuan’ berikutan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor kali ini apabila budu mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha kedai di daerah itu.
Ini berikutan kehadiran pelanggan yang berlipat ganda berbanding sebelum ini, ekoran kedatangan masyarakat luar seperti pasukan keselamatan, petugas pilihan raya dan pegawai kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung pada PRK tersebut.
Menurut salah seorang pengusaha budu tempatan di situ, sejak beberapa hari lalu, permintaan terhadap budu yang dikeluarkannya dalam sehari meningkat berbanding hari biasa.
Menurut pengusaha budu, Ismail Jusoh, 63, PRK kali ini juga mendatangkan ‘untung besar’ kepada pengusaha kedai makan dan restoran yang menjual budu telah menerima kehadiran pelanggan yang tinggi sekaligus ‘memaksa’ beliau mengeluarkan lebih banyak budu.
Menurut kenyataannya di Bernama, kebiasaanya perusahaan beliau mengeluarkan 2,000 hingga 3,000 botol sehari, tetapi pada PRK ini permintaan meningkat sehingga 4,000 botol sehari.
PRK kali ini bukan sahaja menyaksikan persaingan antara calon BN Mat Razi Mat Ail yang ditentang calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary, akan tetapi ia juga memberi seribu rahmat kepada peniaga-peniaga industri kecil di sana.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.