Seorang lelaki yang juga buruh kasar Indonesia tidak sempat melampias nafsunya bersama seorang gadis apabila dicekup kurang setengah jam selepas mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di sekitar Pasir Gudang, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an bersama pasangannya berumur 20 tahun ketika ditangkap oleh pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) ditemui masih berpakaian kemas selain keadaan bilik yang teratur.
Ketika disoal siasat oleh pegawai penguatkuasa Jaij, gadis berkenaan yang berpakaian seksi mendakwa tidak bekerja dan berkenalan dengan lelaki terbabit iaitu suami orang ketika bekerja di sebuah pub di Taman Molek, di sini, sebelum ini.
Gadis berkenaan yang mengakui bersekolah sehingga Tingkatan Empat di sekitar Pasir Gudang sebelum berhenti berkata, dirinya merupakan anak kedua daripada enam beradik dan sudah kematian ibu sejak kecil.
Selepas keduanya diminta untuk beredar meninggalkan hotel, gadis terbabit kelihatan tidak membawa sebarang beg pakaian melainkan hanya mencapai telefon bimbitnya.
Pasangan terbabit merupakan antara lima pasangan yang dicekup mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Johor) 1997 dalam Ops Sayang dilakukan oleh Jaij dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.