`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 18, 2014

Ramai Setuju Zailah (D/Muslimat), Komen SU Wanita DAP & SIS


JOHOR BAHARU: Ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Siti Zailah Mohd Yusof disifatkan sangat memberi inspirasi kepada seluruh wanita untuk bergerak memajukan diri, keluarga dan juga masyarakat.

Setiausaha Wanita DAP Teo Nie Ching berkata, ucapan Siti Zailah itu sangat sesuai untuk diaplikasikan untuk menarik golongan wanita menyokong Pakatan Rakyat.

"Beberapa perkara penting telah disampaikan oleh beliau seperti bagaimana kita boleh menarik pengundi wanita kerana 50 peratus penduduk negara ini adalah wanita jadi kalau kita dapat menawan hati wanita kita lebih dekat dengan Putrajaya.

"Saya rasa Dewan Muslimat buat ini adalah contoh yang cukup baik untuk wanita DAP bagaimana kita boleh gabungkan usaha-usaha tenaga wanita supaya kita boleh bantu Pakatan Rakyat menuju Putrajaya," kata beliau ketika ditemui di Muktamar DMPM Ke-54 di Pulai Spring Resort, dekat sini, hari ini.

Siti Zailah dalam ucaptamanya berkata, Muslimat PAS perlu menyediakan banyak ruang untuk kaum wanita bergaul mesra sama ada melalui struktur formal atau tidak formal melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan kewanitaan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sister In Islam (SIS), Ratna Osman sangat bersetuju dengan seruan Siti Zailah agar DMPM memberi tumpuan kepada pembangunan institusi keluarga dalam masyarakat. 
 
Beliau berkata, intipati ucapan Siti Zailah menggambarkan Islam yang penuh dengan keadilan dan tidak pernah mendiskriminasi goongan wanita.

"Keluarga itu adalah binaan yang kuat untuk memastikan masyarakat yang bahagia dan sejahtera dan itu salah satu bahasa SIS juga kerana kita selalu sebut keluarga itu adalah kekuatan masyarakat.
 
"Kehendak kita untuk melahirkan wanita yang tahu haknya dalam Islam sebab Islam tidak pernah mendiskriminasi wanita," katanya  yang sangat teruja menerima undangan Muslimat PAS ke muktamar mereka.

Beliau juga berharap SIS dapat bekerjasama dengan DMPM dalam melaksanakan program-program yang memberi nilai tambah kepda golongan wanita.

"Saya harap SIS dapat terus berinteraksi dan bekerjasama dengan muslimat PAS dan undangan hari ini merupakan permulaan gerak kerja bersama dalam menangani isu-isu wanita," katanya. -  
 
 
HARAKAHDAILY 17/9/2014

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.