`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 5, 2014

Tak akan undi BN jika Akta Hasutan dihapuskan, kata Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang sekiranya Putrajaya masih berdegil mahu mansuhkan Akta Hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 September, 2014. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali tidak akan mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang sekiranya Putrajaya masih berdegil mahu mansuhkan Akta Hasutan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 September, 2014. 
Datuk Ibrahim Ali hari ini mengumumkan tidak akan lagi mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang sekiranya Putrajaya masih berdegil mahu mansuhkan Akta Hasutan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) itu berkata tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tersebut kerana menyifatkan pendirian kerajaan itu akan menyebabkan parti Umno-BN sama dengan parti pembangkang.
"Saya secara peribadi tidak akan mengundi Umno-BN meskipun saya hanya ada satu undi dan ia tidak begitu penting.
Bercakap ketika mengumumkan kempen 'Kekalkan Akta Hasutan' yang dilancarkan Barisan Perpaduan Nasional, Ibrahim berkata Akta Hasutan sepatutnya dilihat sebagai isu keselamatan negara yang bukan hanya melindungi Melayu, tetapi semua kaum.
"Akta ini merupakan isu keselamatan negara, keselamatan bukan hanya bagi orang Melayu tetapi juga bagi Cina dan India," katanya.
Kempen tersebut merupakan tindak balas kepada beberapa suara menyeru akta tersebut dimansuhkan seperti Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) oleh 112 pertubuhan bukan kerajaan, kempen Mansuh Akta Hasutan oleh PKR dan satu lagi kempen serupa oleh Majlis Peguam.
Ibrahim berkata sekiranya akta tersebut dimansuhkan, ia pasti akan menjejaskan keharmonian hubungan antara kaum di negara ini dan tidak mustahil tragedi 13 Mei akan berulang. – 5 September, 2014.
MENYUSUL LAGI
- TMI

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.