Tiada insiden perwakilan Muktamar Pemuda PAS ke-55 di Kota Tinggi, Johor yang meninggalkan dewan ketika ucapan perasmian dimulakan, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mohamad yang merasmikan muktamar di Dewan Chon Moi berkata, waktu itu adalah waktu solat Asar dan tidak timbul isu "penyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang meninggalkan muktamar."
"Saya tidak nampak... memang waktu itu mereka keluar pergi sembahyang. Biasalah keluar masuk. Itu masuk waktu Asar," katanya kepada pemberita selepas selesai muktamar berkenaan hari ini.
"Pakaian itu biasa, kita tidak tentukan pakaian, ada yang pakai baju Unit Amal, bersama Pakatan," katanya.
Sebuah portal hari ini melaporkan seramai kurang 50 individu didakwa meninggalkan dewan dan mereka memakai vest tertera "Kami menyokong presiden dan ulama."
"Tidak, ini bukan tanda protes," kata Mohamad yang lebih selesa dengan panggilan Mat Sabu.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub juga tidak dapat memastikan perkara itu kerana beliau tidak melihatnya sendiri.
"Saya tidak dapat pastikan...saya rasa itu tidak sepatutnya berlaku.
"Macam mana pun kita akan mendengar laporan nanti daripada uktamar Pemuda," katanya.
“Saya tidak nampak dengan mata saya sendiri kerana saya berada di hadapan," katanya ketika ditemui pemberita.
MENYUSUL LAGI
- TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.