`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 29, 2014

Bila Menteri-menteri yang dilantik tak ada rasa bertanggungjawab.. Inilah jadinya..


Biasanya kalau seseorang itu komited atau punya rasa bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan kepadanya, tak perlu diarah atau dikerah mereka akan melakukan tugas mereka dengan sendirinya..

Atas rasa tanggungjawab mereka dengan sendirinya akan menyelesaikan masaalah yang timbul tanpa arahan dari pihak atasan..

Pihak atasan hanya dirujuk jika mereka menemui jalan buntu ataupun memerlukan pandangan pihak atasan.. 

Tetapi malang bagi Perdana Menteri Malaysia.. beliau terpaksa mengarahkan Menteri-menteri yang dilantiknya yang berada di luar negara kebanyakkannya dikatakan sedang bergembira di luar negara untuk pulang segera bagi membantu mangsa banjir..

Tak ada komited langsung.. bukan saja tak komited malah tak bertimbang rasa langsung..

Jawatan Menteri tu bukannya Ketua Kelas.. semua nak tunggu arahan? tak tahu nak fikir sendiri ke? 

Atau... mungkinkah Najib hanya membalas dendam dengan melepaskan kemarahannya kepada Menteri-menteri kabinetnya setelah beliau sendiri teruk dikutuk rakyat kerana bercuti dab bermain golf dengan Obama ketika lebih 100,000 rakyat sengsara?

Laporan berkaitan.. 

Banjir: Najib arah menteri bercuti luar negara pulang 

Semua ahli kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali. 

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku di Kuala Lipis hari ini. 

Terdahulu, Najib melakukan lawatan sehari ke beberapa kawasan dilanda banjir di Pahang, telah melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Clifford.

Najib berkata situasi banjir yang semakin reda dan pusat-pusat pemindahan di Kedah yang ditutup membolehkan aset serta pasukan keselamatan yang bertugas di negeri itu ditugaskan di negeri-negeri yang masih dilanda banjir.

Beliau berkata perkara itu patut dilakukan segera bagi membolehkan anggota tentera, polis dan pasukan keselamatan lain dapat dikerah membantu operasi di negeri-negeri lain yang masih berhadapan dengan bencana alam luar jangkaan itu.

Berhubung lawatannya ke pusat pemindahan, perdana menteri berkata beliau amat berpuas hati kerana pusat-pusat pemindahan diuruskan dengan begitu baik.

"Keadaan pusat pemindahan yang saya lawati dilihat diurus dengan baik, maknanya bantuan makanan dan bantuan lain dapat diberikan dengan agak baik dan saya ucapkan terima kasih pada semua pihak yang membantu dan memberi kerjasama," katanya lapor The Malaysian Insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.