`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, December 26, 2014

SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU!! Luah petugas yang terperangkap di Hospital Kuala Krai.


Keadaan di Kuala Krai , 73km dari Kota Baharu , semalam bertambah baik , dan makanan dan perubatan bekalan telah dihantar kepada 28 lokasi yang telah terputus hubungan darat akibat banjir .

Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata helikopter dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM ) telah digunakan untuk menghantar bekalan ke kawasan-kawasan di Kuala Krai yang terputus hubungan disebabkan oleh air banjir .

"Alhamdulillah , langit telah cerah untuk kali pertama bagi membolehkan bantuan yang akan diterbangkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkandas di 28 lokasi di Kuala Krai , " katanya kepada pemberita , di sini , semalam lapor Astro Awani

Sekarang kita baca pula apa yang tersebar dalam Group WhatsApp yang mana salah seorang dari mereka merupakan petugas di Hospital Kuala Krai yang sedang terperangkap..

Sebelum itu untuk makluman semua gambar di atas telah disiar oleh AstroAwani melalui laman Twitter dengan caption 'Kuala Krai Hospital in darkness' pada jam 11.00 malam, gambar dipetik dari Facebook Muharika. 

Bacalah ini apa yang dilaporkan oleh Astro Awani dibawah tajuk 'Hospital Kuala Krai bergelap'

KUALA LUMPUR: Seorang pakar bius terpaksa memberi rawatan "intubation" (bius melalui hidung) kepada seorang bayi dalam gelap untuk menyelamatkan nyawanya selepas generator di Hospital Kuala Krai kehabisan minyak hari ini.

Ini merupakan pengalaman yang menakutkan seperti dinyatakan melalui mesej WhatsApp oleh Dr Adibah Abdullah, seorang pegawai perubatan di hospital itu.

Hospital itu beroperasi dengan menggunakan generator selepas bekalan elektrik terputus kira-kira 5 petang semalam, akibat peras air meningkat dengan cepat dalam apa yang disifatkan sebagai banjir terburuk dalam sejarah Kelantan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan dengan tepat bila generator telah kehabisan diesel.

Dalam rentetan mesej WhatsApp untuk memberi maklumat terkini kepada seorang rakan mengenai keadaan yang semakin teruk di hospital, Dr Adibah menjelaskan bahawa pesakit di unit rawatan rapi (ICU) dan unit penjagaan kritikal (CCU) bernafas menggunakan mesin yang berfungsi melalui kuasa bateri.

"Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir-gilir membuat manual bagging ... tapi sampai bila?" beliau menulisBeliau berkata bekalan diesel untuk generator dijanjikan dihantar pada 8.30 malam oleh helikopter. Bagaimanapun, masalahnya ialah hospital itu berada dalam kegelapan sepenuhnya.

"Kami tidak mempunyai suar tetapi kami memerlukan lampu untuk menunjukkan kepada mereka di mana kami berada.

"Kuala Krai telah bertukar menjadi sungai yang besar, dan hospital kami adalah satu daripada beberapa pulau yang tidak bersinar dalam kegelapan," beliau dalam catatannya.

Dalam satu lagi detik yang menyayat hati, Dr Adibah berkata helikopter telah tiba sebelumnya pada sebelah malam tetapi tidak dapat mendarat kerana ketiadaan ruang.

"Kipasnya berputar begitu kuat sehingga air terpercik dari kawasan yang digenangi air, serpihan berterbangan, dan mereka berkata bumbung akan runtuh jika helikopter menghampiri lebih dekat.

Satu-satunya cara untuk menyelamatkan pesakit ialah dengan mengangkat mereka ke atas, seperti dalam filem. Dari bot, atau dari kawasan yang berhampiran dengan pinggir air.

"Tetapi kita bercakap mengenai pesakit yang sakit di sini. Yang bernafas dengan mesin, bayi-bayi baru lahir, orang tua patah tulang," beliau menulis.

Beliau berkata helikopter akhirnya terpaksa berlepas tanpa memindahkan mana-mana-mana pesakit. "Helikopter berlegar-legar ... dan tidak menghantar apa-apa. Kenderaan amfibia milik bomba datang.

Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing-masing. "Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini adalah tindakan amat bahaya), kebanyakan pesakit mengheret badan menaiki tangga," katanya.

Dr Adibah berkata pesakit berasa kecewa apabila mereka melihat kenderaan amfibia itu berlepas dan tidak dapat sampai kepada mereka.

Beliau berkata satu-satunya bantuan perubatan yang tiba sejak krisis itu bermula ialah seorang doktor tentera, yang tiba di hospital beberapa jam lalu.

Berikut adalah versi asal mesej yang tersebar melalui WhatsApp itu.. silalah baca hingga ke ayat yang terakhir..

[25/12 8:02 PM]: Hosp kuala krai dalam keadaan kritikal sekarang.Genset dah habis minyak.Pesakit kritikal akan dibuat manual bagging.Yang selebihnya akan dihantar ke Putrajaya/Hospital Selayang by helikopter.Tunggu heli mari. ~copy from friend.

1st heli br sampai di hkk, tp xleh landing lg. spital dah totally blackout Boat xsampai pun lg, pts x start evacuation lg Hari dah gelap, hosp pun dh xde letrik, generator dh shutdown

Dari fadhilah hkk *** Peadiatrician in Hosp K.Krai td

[25/12 8:04 PM]: ana juga tiada mklumat..hazman kat canada sekarang..better contact akmal terus Bismillah.

Sekarang generator sudah kehabisan minyak. Seluruh hospital bergelap, lampu kecemasan menyala di sesetengah bilik. Tadi kami intubate baby dalam gelap...SpO2 drop sampai 18, bradycardia, Anaest specialist sendiri datang menyelamatkn keadaan. Pesakit icu dan ccu bernafas dengan mesin yang dijana kuasa bateri. Kalau bekalan tak pulih, kami akan bergilir2 manual bagging ...sampai..?

Minyak diesel utk generator dijanjikan sampai pkul 8.30 malam. Akan dihantar dengan helikopter. Masalah yg sedang dibincangkan; kami gelap gelita, flare gun tak ada, we need lights to show them where we are.

Kuala Krai has become a huge river, and our hospital is one of the few islands, which unfortunately doesnt glow in the dark.

Petang tadi kami semua excited. Helikopter datang with all the pomp, flair and machismo of Hollywood action movies. Everyone - who could make it, were out in the parking lot, waving, taking photos, wiping tears of joy, finally we were going to be saved. But were we? NO.

They weren't able to land. No space wide enough. No heli pad (duh of course). The rotor whirled so hard water splashed from the flooded area, debris flew up, and they said the roofs would detach if the heli came closer. The only way to rescue patients is by hoisting them up, airlift them - like in the movies. From the boats, or from a clearing very near the water edge.

We're talking about ill patients here. Yang bernafas dengan mesin, bayi2 baru lahir, orang tua patah tulang.

Mereka pergi. They departed and left us wondering. Kami terpinga2.

Kemudian kami diarahkan utk bersedia semula utk evacuation. Able bodied patients, those few who are well enough to do a Schwarzenegger up a helicopter, were rounded up. Kami keluar ramai2 dan menunggu - tak tahu tunggu apa.

Helikopter berlegar2...dan tidak menghantar apa2. Kenderaan amfibia milik bomba datang. Kemudian ia pergi semula. Matron mengumumkan "tak jadi pindah, sila pulang ke wad masing2." Dan kerana lif tidak berfungsi (menggunakan lif dalam keadaan elektrik on-off begini pun adalah tindakan amat bahaya), pesakit2 ini beramai2 mengheret badan menaiki tangga.

Kami kecewa. Kecewa, dan takut.

Seorang kanak2 bertanya bapanya, as he saw the amphibian vehicle left us..deserted us.

"Abah, bakpo diorg datang?"

Entah. Kenapa kalian datang? Pusing2, tengok2 keadaan, kemudian bye bye good luck?

Kami dengar khabar ada pasukan bantuan di Pejabat Tanah, di Wisma. Kami dengar khabar kanak2 yg berlindung di SMKSYP tak ada makanan. Kami dengar khabar kampung2 masih terpisah drpd bantuan kerana 'arus deras, tak cukup bot, bahaya'.

Khabarnya minyak diesel utk generator akan sampai sekejap lagi. Kami menunggu. Khabarnya persediaan sedang dibuat utk memindahkan pesakit, for real this time. Kami menunggu.

Seorang doktor tentera (SATU-SATUNYA PIHAK LUAR YANG BARU SAMPAI SETAKAT INI) baru tiba, dan kami harap ketibaannya will mean a difference.

Kami menunggu.

Mak ayah dan adik2 saya masih terperangkap entah atas bukit mana di Kuala Nal. Orang2 kampung Kuala Nal bertarung nyawa dengan arus deras, rumah2 telah hanyut. Bagaimana dengan orang Kampung Bahagia, orang2 di kampung2 seberang Sg Kelantan? Saya tak tahu apa nak dibuat.

Khabarnya pagi tadi tv menyiarkan isu perkahwinan semasa banjir.

SHAME ON YOU, MALAYSIA. SHAME ON YOU.

Kami menunggu.


... Amat berbeza sekali gambarannya dari apa yang digambarkan oleh Mustaffa Ali itu.. Inilah Malaysia!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.