`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 26, 2014

[VIDEO & GAMBAR] 100,000 Dipindahkan, Pun Belum Cukup Kriteria Untuk Isytihar Darurat?


Jumlah mangsa banjir hampiri 100,000 orang 

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di empat negeri terutamanya di Kelantan, Pahang dan Perak terus meningkat pada petang ini dengan jumlah keseluruhan 97,025 orang. 

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir meningkat lagi petang ini apabila 34,491 orang dipindahkan berbanding 32,731 orang tengah hari tadi. 

Menurut portal banjir kerajaan negeri, ia membabitkan mangsa banjir di sembilan jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Tumpat. 

Bacaan paras air di Sungai Kelantan di Tangga Krai, Jambatan Guillemard serta Tambatan Diraja dan Sungai Golok di Rantau Panjang terus naik. 

Keadaan cuaca pada sebelah petang adalah mendung. 

Sementara itu, sebanyak 157 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Baharu, dipindahkan sebelum air mula masuk di sesetengah bangunan di hospital berkenaan awal hari ini. 

Bagaimanapun, di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir menurun sedikit di negeri ini apabila hampir 1,500 orang mengambil peluang pulang ke rumah masing-masing setelah air di kawasan kediaman mereka beransur surut, berikutan cuaca kembali cerah di beberapa kawasan, petang ini. 

Dengan perkembangan itu, jumlah mangsa banjir kini 28,561 orang daripada 7,001 keluarga berbanding 29,057 orang pada tengah hari tadi, demikian menurut statistik portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu. 

Kemaman masih lagi menyaksikan mangsa paling ramai iaitu 19,405 orang disusuli daerah Dungun 6,285 orang, Kuala Terengganu 1,612, Hulu Terengganu 654, Besut 490 dan Marang 115 orang. 

Pusat operasi keseluruhan 116 iaitu Besut (lima), Dungun (33), Hulu Terengganu (11), Kemaman (53), Kuala Terengganu (12) dan Marang (dua). 

Di PAHANG, keadaan banjir belum menunjukkan petanda untuk pulih dengan jumlah pemindahan mangsa terus meningkat petang ini kepada 28,578 orang daripada 7,244 keluarga berbanding 24,316 orang daripada 6,398 keluarga di lapan daerah yang terlibat tengah hari tadi. 

Menurut laporan Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua daerah menunjukkan peningkatan mangsa banjir dengan jumlah mangsa paling banyak di daerah Kuantan iaitu 17,085 orang daripada 4,674 keluarga di 72 pusat pemindahan. 

Di Jerantut, 3,926 mangsa ditempatkan di 41 pusat pemindahan diikuti Maran (2,904/20 pusat), Lipis (2,420/30 pusat), Pekan (1,067/21 pusat), Temerloh (736/lima pusat), Rompin (297/tujuh pusat) dan Bera (143/enam pusat). 

Laman web Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia menunjukkan paras air di lapan batang sungai utama di Pahang melebihi paras bahaya. 

Di PERAK, jumlah keseluruhan mangsa ialah 5,083 orang daripada 1,246 keluarga berbanding 4,335 orang (1,079 keluarga) pagi tadi, di kesemua 46 pusat pemindahan. 

Menurut jurucakap MKN Perak, mangsa yang terjejas di daerah Perak Tengah semakin ramai apabila 1,627 orang dipindahkan petang ini berbanding 953 orang di sebelah pagi. 

Dua pusat pemindahan baharu turut dibuka di kawasan Lambor menjadikan kesemua lapan pusat dibuka setakat petang ini. 

Kuala Kangsar yang meliputi kawasan Sungai Siput masih mencatat jumlah bilangan tertinggi mangsa banjir dengan 2,842 orang daripada 665 keluarga dan 25 pusat pemindahan dibuka. 

Di PERLIS, jumlah terkini mangsa banjir meningkat seorang kepada 279 orang berbanding 12 tengah hari tadi dan kesemua mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan iaitu MRSM Beseri, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi, Dewan orang ramai Padang Malau, Dewan Beseri Dalam dan Dewan Seri Pilihan. 

Di KEDAH, jumlah mangsa yang dipindahkan tidak berubah iaitu sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa kawasan di negeri itu terutama di daerah Padang Terap. -BERNAMA 




Muhyiddin: Jangan risau, saya uruskan banjir

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang ramai agar mempercayai beliau untuk menguruskan krisis banjir ketika perdana menteri bercuti di luar negara.

Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tentang penyebaran gambar Najib bercuti di Hawaii dan dilihat bermain golf bersama Presiden US, Barack Obama.

"PM sudah bekerja keras. Berlaku adillah pada beliau. Beliau juga manusia.

"Saya bertanggungjawab, jangan risau. Percayalah pada saya," kata Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya hari ini selepas menyampaikan perutusan Hari Krismas sebelumnya.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 90,250 orang terpaksa dipindahkan akibat banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis - jumlah terbanyak dalam sejarah negara.

Muhyiddin juga berkata "tidak perlu" untuk Najib pulang cepat kerana krisis banjir itu.

"Jika saya tidak boleh lakukan tugas itu, barulah saya akan panggil beliau balik," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat ekoran banjir besar tersebut.

Katanya, terdapat kriteria yang berbeza sebelum mengisytiharkan darurat, contohnya, bekalan elektrik dan air putus sepenuhnya.

Beliau berkata mangsa banjir tidak peduli sama ada darurat diisytiharkan.

"Mereka hanya mahu diselamatkan, dan kami akan memberi tumpuan kepada usaha itu," katanya. 
-mk



Dua mangsa banjir peluk dahan pokok 18 jam sebelum diselamatkan

DUNGUN: Seorang lelaki dan anak saudaranya diselamatkan setelah hampir 18 jam berlindung atas sebatang pokok berhampiran persimpangan Bukit Besi di sini selepas bot gentian kaca yang mereka naiki terbalik petang semalam.

Mohd Nazir Mamat, 33, dan Mohd Zafirul Izhan, 19, diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam keadaan memeluk dahan pokok itu dan kesejukan kira-kira 12 tengah hari tadi.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) Imran Ismail berkata, ketika kejadian kira-kira 6 petang itu, kedua-dua mangsa dalam perjalanan untuk mengambil anggota keluarga mereka di Kampung Padang Ping yang dilanda banjir.

Bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik sebelum dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat menyelamatkan diri dengan mencapai dahan pokok dan berlindung di atasnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, pihak bomba sebelum itu menerima panggilan daripada seorang lelaki bernama Shahari Din yang memaklumkan ternampak kedua-dua mangsa di atas pokok.

"Sebaik menerima panggilan, kira-kira jam 11 pagi tadi, 12 anggota bomba dengan kerjasama anggota polis dan Tenaga Nasional Berhad melancarkan gerakan mencari dan menyelamat mereka.

"Pasukan menyelamat berjaya menemui mangsa yang keletihan dengan berpeluk pada sebatang pokok dalam kesejukan," katanya dan menurutnya kedua-dua mereka dibawa ke Kampung Dendang dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, Shahari, 46, berkata ketika melalui lebuh raya itu pada kira-kira 10.30 pagi tadi, dia terdengar suara lelaki meminta tolong.

Katanya terkejut dengan suara berkenaan dia berhenti dan keluar dari kenderaannya dan melihat dua mangsa berada di atas sebatang pokok dan melambai ke arahnya dan terus memaklumkan perkara itu kepada pihak bomba.

"Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah emak mentua saya di Kampung Padang Ping untuk membantu memindahkan ibu mentuanya," katanya kepada Bernama.




KELANTAN 






TERENGGANU  



Rumah Dibawa Arus Banjir DERAS Di Temerloh Pahang -
Banjir Pahang Terbaru 2014

 

PERAK 


ULASAN GB

Hampir 100,000 mangsa banjir sudah dipindahkan pun belum diisytiharkan dharurat. Alasannya kriteria belum mencukup. Nak kena tunggu bekalan eletrik dan air terputus habis baru boleh isytihar darurat. Sedangkan air sudah pun menenggelamkan, di beberapa buah tempat, sehingga tiga dan empat tingkat bangunan.

Di Bandung Indonesia, baru 6,000 dipindahkan sudahpun diisytiharkan darurat.



Tambahan lagi, di Malaysia, di pusat-pusat pemindahan banjir, bergelimpangan mangsa-mangsa banjir.



Berbanding dengan di luarnegara seperti Thailand dan Jepun yang siap dengan khemah-khemah. Itu pun seorang menteri dengan penuh sombong dan lagak pernah berkata, kita terbaik dalam dunia uruskan banjir, malah lebih baik dari Amerika katanya!.. huhu... 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.