`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 18, 2015

Lawak Dol...Sesudah Anwar Dipenjara, KJ Nak Bawa Shafee Jelajah Seluruh Negara Pulak!!

Image result for khairyImage result for shafee

Ini betul-betul lawak. Lebih lawak daripada program Maharaja Lawak. Setelah hadir dalam program dialog anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein atau AKHI yang dipunyai oleh Pemuda UMNO Malaysia, peguam yang mengetuai pasukan pendakwa dalam kes liwat Anwar Ibrahim, Shafee Abdullah dilaporkan akan menjelajah ke seluruh negara pula.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika mengumumkan demikian berkata, penting untuk UMNO mengenengahkan kes liwat itu kepada orang awam kerana selama ini ia sering dikaitkan dengan konspirasi politik.

Untuk itu, katanya, program penerangan seterusnya yang melibatkan Shafee akan diadakan di Pulau Pinang pula selepas ini.

Dua hari lalu blog ini telah melahirkan rasa pelik, ganjil dan luar biasa dengan tindakan Shafee yang terus bercakap dengan banyak media dan sedia menghadiri dialog anjuran AKHI untuk bercakap berkaitan kes liwat itu sedangkan Anwar sudah pun dijatuhkan hukuman dan kini sedang berada di penjara.

Sebagai pihak yang telah memenangi kes, beliau sepatutnya lebih bergembira dan meraikan kemenangan itu, bukannya tidak habis-habis cuba meyakinkan rakyat dengan perjalanan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan.

Seterusnya blog ini juga menyebut, "dengan bersetuju hadir di sebuah program anjuran AKHI yang dinaungi oleh sebuah entiti politik, tidak mustahil jika selepas ini Shafee juga akan turut bersetuju hadir dalam banyak program anjuran UMNO cawangan dan bahagian di seluruh negara untuk bercakap dan mewajarkan hukuman yang telah dijatuhkan keatas Anwar."

Nah, kini semuanya terbukti benar. Hukuman penjara keatas Anwar benar-benar akan dijadikan modal politik untuk kepentingan UMNO dan BN. Tidak cukup dengan kejayaan memenjarakannya, selepas ini  Ketua Pembangkang itu akan terus dilanyak semahu-mahunya oleh KJ dan Shafee melalui program ke seluruh negara yang akan dirancang.

Barangkali ini akan menjadi kes paling pelik dalam dunia di mana setelah tertuduh dijatuhkan hukuman dan menghuni penjara, pihak yang menang kes tidak henti-henti menjelajah ke seluruh negara untuk terus meyakinkan rakyat mengenai hukuman yang telah dijatuhkan itu.

Rupa-rupanya memenjarakan Anwar masih belum mencukupi bagi UMNO. Bukan saja profesor undang-undang di universiti turut pening kepala dengan gelagat pendakwa ini, bahkan  (meminjam kata-kata penulis buku terkenal, Yahaya Ismail) - tentulah beruk, kera, monyet dan lotong di hutan pun turut kehairanan dengannya.

Ini kerana, dalam program jelajah itu di mana Anwar yang diserang dan dilanyak itu tidak mampu lagi melawan atau menyerang balas kerana sudah pun berada di dalam penjara.

Dalam adat berkelahi, kalau musuh sudah tidak mampu melawan lagi, adalah memalukan jika kita terus memukulnya. Hanya "gangster pondan" saja sanggup memukul musuh yang dalam keadaan tangan atau kakinya  sedang terikat.

Lalu, apakah yang UMNO mahu sebenarnya? Anwar bebas pun diserang, setelah dipenjara juga diserang. Ketika bebas tidak mampu dibunuh pengaruhnya, selepas di penjara juga tetap ditakuti.

Betul-betul lawak dol...

Di sisi lain, ada pula yang berandaian bahawa Pemuda UMNO mengadakan program jelajah ke seluruh negara ini adalah bertujuan untuk menghidupkan terus nama Anwar dalam hati rakyat dan sekaligus menambahkan lagi simpati terhadap Ketua Pembangkang itu.

KJ dan Pemuda UMNO, kata mereka, bukan tidak tahu bahawa selama ini bekas-bekas pemimpin PKR yang pernah bersama dengan perjuangan Anwar juga telah gagal meyakinkan rakyat dengan isu-isu peribadi, moral dan liwat Ketua Umum PKR itu kerana rakyat sebenarnya telah muak dengan hal-hal sedemikian.

Nallakaruppan, Umi Hafilda, Zulkifli Noordin dan NGO Tibai adalah antara nama-nama  yang selama ini hidup bermodalkan isu peribadi dan moral berkaitan Anwar terapi di manakah mereka sekarang? 

Apakah kejayaan mereka? Adakah Anwar, PKR dan PR makin lumpuh atau bertambah kukuh dek serangan mereka?

Lalu, apa muslihatnya KJ dan Pemuda UMNO meniru pendekatan yang gagal itu, bahkan cuba membawa Shafee pula dalam apa yang dilakukannya itu? ( SH 18/02/2015)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.