`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, February 18, 2015

PUNCA RAMAI PENERIMA BR1M BELUM TERIMA BAYARAN TERBONGKAR?

Aduan BR1M 2015 : Check Semakan Status Kredit. Ramai Tak Dapat dan Belum Terima Bayaran BRIM 4.0

Hari ini sudah menginjak ke 17 Februari 2015, ada yang berjaya ada yang tidak berjaya. Tetapi… Berita Semasa menerima banyak aduan yang tidak putus-putus mengatakan mereka antara ramai lagi yang masih dalam proses dan masih tak dapat lagi BR1M 2015.

KLIK BERITA SINI : Senarai Punca Status BR1M 2015 Gagal dan Tidak Berjaya? Hantar Permohonan Rayuan BRIM 2015!

Jikalau dilakukan semakan semula laporan berita sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia Ahmad Maslan ada mengatakan yang mana :

pengagihan pertama : pembayaran BR1M 4.0 yang mana 4.9 juta orang terlibat akan dilakukan bayaran pada 13 Januari 2015 manakala…


pengagihan kedua : pembayaran BR1M 4.0 melibatkan 2.9 juta penerima akan dilakukan pada 12 Februari 2015

Kenapa Ramai Tak Dapat Lagi Duit BRIM 4.0?

Tetapi malangnya masih ramai lagi, penerima BR1M yang layak belum terima bayaran BRIM sehingga ke hari ini.

AFFIN BANK BERHAD
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

Check dan Semak Status Kredit BR1M 2015. Berjaya atau Tidak Berjaya?

Berikut beberapa aduan yang diterima Berita Semasa setakat ini yang mana paparan gambar boleh disemak pada gambar-gambar di atas laporan berita ini :

Apa pemohon BRIM check, tertera status LULUS dan ada nama BANK, tiba-tiba hari ini ia bertukar kepada status “DALAM PROSES”

Semak dalam sistem portal e br1m tulis sudah diluluskan, malangnya selepas dekat 3 minggu masih tidak terima bayaran BRIM 2015 seperti yang dijanjikan.

Ramai yang mempertikaikan kenapa dan mengapa bayaran BRIM yang sepatutnya diterima masih dalam proses
Ada lagi yang anda mahu tambah?

Walaubagaimanapun, Berita Semasa difahamkan pada proses semak status kredit kali ini, anda perlu pastikan ada 4 status seperti di bawah ini, yang mana barulah boleh dikira duit BRIm anda telah masuk ke dalam senarai akaun yang telah anda daftar sebelum ini.

Jikalau status kredit anda tidak berjaya pada e BR1IM contohnya, Berita Semasa difahamkan yang mana anda akan menerima baucer melalui pos di alamat yang telah anda daftar sebelum ini. Teruskan semak dan check status permohonan BR1M 2015 anda daripada masa ke semasa


http://ebr1m.hasil.gov.my

Diharap pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil perhatian dengan serius perara ini, jangan biarkan pemohon BR1M seperti “peminta sedekah” yang tertunggu-tunggu tanpa khabar berita dan makluman berita terkini daripada anda.

P/S : Sertai undian di Berita Semasa di SINI : Apakah Status Semakan BR1M 2015 Anda Setakat Ini?


~ BERITA SEMASA

BACA LAGI DIBAWAH.......ADAKAH KERAJAAN KEKURANGAN DANA SEKARANG?

Isu hutang RM2 bilion, kerajaan ‘bailout’ 1MDB sekali lagi?

Kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjelaskan bayaran hutang RM2 bilion kepada Maybank dan RHB sebanyak dua kali berturut-turut menjejaskan kestabilan sistem perbankan negara.

Ia juga menimbulkan risiko kepada pasaran saham dan bon Malaysia yang jika tidak ditangani dengan baik boleh membawa kesan buruk kepada negara.

Oleh yang demikian, semua pihak yang arif mengenai sistem kewangan negara tahu bahawa 1MDB tidak boleh dibiarkan terus gagal membayar hutang tersebut.


Laporan berita sejak sebulan lalu memetik sumber dalaman bahawa 1MDB berunding dengan Ananda Krishnan untuk meminjam dana dari hartawan itu. Rundingan dilaporkan berkisar tentang imbuhan yang bakal diperolehi Ananda Krishnan sekiranya menyelamatkan 1MDB.

Namun, baru-baru ini, CEO 1MDB menyebut bahawa pinjaman RM2 bilion dari Ananda Krishnan itu hanyalah “spekulasi” semata-mata. Itu menimbulkan tanda tanya dari manakah 1MDB mendapat dana untuk membayar hutang, sedangkan selama berbulan-bulan ia tiada dana bagi tujuan tersebut. Sudah tentu dana itu bukan dana dalaman 1MDB kerana jika 1MDB mempunyai wang, ia sudah tentu mampu membayar hutang itu terlebih dahulu.

Saya meneliti siri hutang kertas baru yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Semua hutang bon yang diterbitkan disiarkan di dalam web Bank Negara Malaysia melalui “Fully Automated System for Tendering/Issuing” atau FAST di laman http://fast.bnm.gov.my

Dalam tempoh dua minggu yang lepas, Kerajaan Malaysia telah menerbitkan dua siri hutang Malaysian Treasury Bill (MTB) atau Kertas Perbendaharaan Malaysia pada jumlah yang besar dan di luar amalan biasa.

Pada 11 Februari 2015, MTB bernombor 201500000242 berjumlah RM1 bilion. Kertas hutang ini berjangka pendek dan perlu dibayar pada 13 Mei 2015, maka faedah yang perlu dibayar pada kadar 3.2% bagi tiga bulan adalah setanding dengan kadar “overdraft”.

Pada 13 Februari 2015, MTB bernombor 201500000264 berjumlah RM1.1 bilion dengan tarikh matang (perlu dibayar balik) pada 14 Ogos 2015 telah diterbitkan, juga dengan kadar faedah sekitar 3.2% bagi tempoh itu.

Maknanya, minggu lepas Kerajaan Malaysia telah menerbitkan hutang jangka pendek sebanyak RM2.1 bilion dalam keadaan luar biasa. Jumlah itu hampir sama dengan hutang yang perlu dibayar 1MDB iaitu sebanyak RM2 bilion.

Saya menyifatkan masa dan jumlah kertas hutang yang diterbitkan itu luar biasa atas faktor-faktor berikut:

1) Jumlahnya hampir sama dengan jumlah yang diperlukan untuk membayar hutang tertunggak 1MDB berjumlah RM2 bilion itu

2) Masanya juga dekat dengan tempoh tamat tarikh 1MDB perlu membayar RM2 bilion itu

3) Jika rundingan dengan Ananda Krishnan melibatkan syarat-syarat pemilikan ekuiti dalam syarikat tenaga 1MDB yang hendak disenaraikan, rundingan itu mungkin gagal apabila 1MDB berhadapan masalah menyenaraikan syarikat tersebut

4) Penerbitan hutang dalam bentuk MTB berjangka pendek sebelum ini adalah dalam jumlah yang kecil kerana ia bagi keperluan aliran tunai bersifat sementara. Semakan di laman FAST BNM menunjukkan penerbitan lalu adalah pada jumlah yang kecil iaitu 201500000215(RM80 juta diterbitkan 6 Februari 2015), 201500000174 (RM100 juta diterbitkan 30 Januari 2015), 201500000114 (RM100 juta diterbitkan 23 Januari 2015), 201500000113 (RM80 juta diterbitkan 23 Januari 2015) dan lain-lain. Semakan terhadap penerbitan dalam bentuk MTB menunjukkan semuanya dalam jumlah yang kecil sekitar RM80 juta hingga RM100+ juta bukannya dalam jumlah bilion.

Mengambil kira perkara-perkara ini, timbul persoalan sama ada Kerajaan Malaysia telah meminjam wang dari pasaran hutang sebanyak RM2.1 bilion untuk dipinjamkan kembali kepada 1MDB bagi membayar hutang tertunggak RM2 bilion itu. Sebagai Ahli Parlimen, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menanyakan soalan ini memandangkan kesan besarnya kepada tata kelola kewangan negara.

Jika benar Kerajaan Malaysia telah membuat hutang jangka pendek untuk menyelamatkan 1MDB (“bail out”), ini merupakan satu skandal besar memandangkan Kerajaan Malaysia telah pun menjamin berbilion hutang sedia ada 1MDB. Satu “bail out” seperti ini adalah isyarat nyata bahawa 1MDB akan membawa kesan buruk kepada kewangan negara dan perlu dihentikan serta merta.

Tindakan paling wajar yang perlu diambil oleh 1MDB adalah menjelaskan kepada orang ramai dari manakah sumber RM2 bilion itu dan apakah benar ia dari sumber MTB yang diterbitkan Kerajaan Malaysia minggu lalu.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.