Kartunis satira politik, Zulkiflee SM Anwarul Haque dibebaskan selepas tiga hari direman polis di bawah Akta Hasutan kerana mengkritik institusi kehakiman melalui laman sosial Twitter pada Selasa lalu.
Zulkiflee atau dikenali sebagai Zunar berkata, beliau dibebaskan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi diwakili peguam Melissa Sasidaran kira-kira 12.45 tengah hari tadi selepas tempoh tahanan remannya berakhir hari ini.
Katanya, setakat ini polis belum memaklumkan sama ada dirinya akan didakwa di mahkamah atas dua kes yang berbeza, iaitu melibatkan tulisan di Twitter serta rampasan buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar', dia mana kedua-duanya disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
"Apa yang saya tulis dalam Twitter, itulah perasaan rakyat rakyat di bawah yang cuba nak disampaikan.
"Ini Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) menghabiskan masa di Twitter, saya boleh panggil dia sekarang 'Ketua Twitter Negara'.
"Satu atau dua Twitter tak menghancurkan kredibiliti kehakiman negara, yang menghancurkan kredibiliti adalah hakim dalam kes Anwar kerana buat keputusan yang lekeh," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
- TMI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.